Padah Guna Duit Palsu Beli 5 iPhone
KOTA BHARU – Angkara lima iPhone pelbagai siri yang dibeli dengan menggunakan RM8,400 wang palsu, seorang pembantu kedai makan dihukum pe...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/padah-guna-duit-palsu-beli-5-iphone.html
KOTA BHARU – Angkara lima iPhone pelbagai siri yang dibeli dengan menggunakan RM8,400 wang palsu, seorang pembantu kedai makan dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi.
Hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail terhadap tertuduh, Mohamad Firdauded Mohd Pauzi, 26, selepas dia mengaku salah ke atas kelima-lima tuduhan itu.
Tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen 68 not RM100 dan 32 not RM50 palsu pelbagai nombor siri dalam urusan jual beli iPhone 5; 5S; 6; 6S dan 6 Plus antara 27 Februari dan 17 Julai lalu.
Tertuduh (kiri) keluar dari mahkamah sambil dikawal polis selepas hukuman diputuskan terhadapnya.
Urusan jual beli itu empat kali dilakukan di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan satu di hadapan sebuah sekolah di Jalan Tok Guru, di sini.
Lima dakwaan tersebut dijalankan berasingan masing-masing mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nuri Abd Rahman.
Sumber-Sinar Online