Padah Memanjat Pagar,Kanak-Kanak Tercucuk Leher Sendiri

CHACHOENSAO - THAILAND. Seorang kanak-kanak tersangkut di atas pagar dengan besi pagar itu berada di dalam lehernya selepas tergelincir k...


CHACHOENSAO - THAILAND. Seorang kanak-kanak tersangkut di atas pagar dengan besi pagar itu berada di dalam lehernya selepas tergelincir ketika memanjat pagar berkenaan Selasa lalu.

Laporan Dailymail, mengatakan Tharathep Wanacharoenlap, 11, bernasib baik kerana besi tajam pagar tidak mengenai arterinya ketika menembusi leher mangsa.

Lebih menakjubkan, mangsa berjaya memautkan diri selama lebih 10 minit dan mengelakkan dirinya daripada terjatuh dan menyebabkan kecederaan yang lebih parah.

Mangsa akhirnya diselamatkan pasukan penyelamat yang datang memotong besi tersebut dan membawanya ke hospital.

Tharathep kini sedang dirawat di hospital dalam keadaan stabil.

Sumber-Sinar Online

Artikel Berkait

global 9117176190859171550

Post a Comment

emo-but-icon

item