Jemaah Hilang Disahkan Meninggal Dunia

Kuala Lumpur: Penerbit rancangan Radio Klasik Fm, Zainal Abidin Abdul Rahman, 56, yang hilang ketika melakukan tawaf di Makkah Khamis lal...


Kuala Lumpur: Penerbit rancangan Radio Klasik Fm, Zainal Abidin Abdul Rahman, 56, yang hilang ketika melakukan tawaf di Makkah Khamis lalu, disahkan sudah meninggal dunia.

Perkara itu disahkan anak keduanya, Nur Zamira Azwa, 23, yang menurutnya berita kematian itu dimaklumkan Tabung Haji (TH) kira-kira jam 4 petang hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, pihak TH tidak memaklumkan punca kematian bapa cuma memberitahu bapa sudah meninggal dunia.

"Malah, kami diberitahu bapa meninggal pada hari yang sama kehilangannya," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Nur Zamira berkata, dia sekeluarga reda dengan pemergian bapa dan akan mengadakan solat jenazah ghaib malam ini.

Zainal Abidin dan isteri, Azizah Mat Husin, 56, bersama 468 jemaah lain menunaikan umrah pada 16 November lalu.

Bagaimanapun Khamis lalu, arwah sepatutnya berjumpa isteri di satu lokasi yang sudah ditetapkan sekitar Kaabah selepas kedua-mereka melakukan tawaf namun Zainal Abidin dilaporkan hilang.

Sumber-Harian Metro

Artikel Berkait

semasa 1325805124221979264

Post a Comment

emo-but-icon

item