Suami Maut, Isteri Hamil Tiga Bulan Pula Cedera
KEMAMAN - Seorang suami maut manakala isterinya yang sedang hamil tiga bulan cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pacuan em...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/suami-maut-isteri-hamil-tiga-bulan-pula.html
KEMAMAN - Seorang suami maut manakala isterinya yang sedang hamil tiga bulan cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda yang terbabas dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Kemalangan itu berlaku di Kilometer 152.9 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan sebuah bank di Bandar Chukai ketika Mohammad Rosley Razak, 41, dan pasangannya itu, Amirul Hariana Mohd Sajiri, 24, dikatakan keluar rumah untuk makan malam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, nahas dipercayai terjadi selepas Nissan Navara dipandu seorang pengurus restoran, Chew Yee Ying, 31, secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pokok bunga di pembahagi tengah jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Sebaik memasuki laluan bertentangan, Nissan Navara itu bertembung secara berdepan dengan Proton Wira yang dinaiki Mohammad Rosley dan isterinya yang sedang menghala dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.
"Berikutan itu, Mohammad Rosley yang juga pekerja swasta mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Isterinya pula alami kecederaan di dahi. Pemandu pacuan empat roda turut cedera di lutut dan kaki," katanya.
Sumber-Sinar Online