Demi Ibu Yang Teringin Nasi Lemak Anak Dara, Zizan Razak Sanggup “Merempit” Dari Subang Ke Shah Alam

Siapa yang tidak tahu dengan penangan Nasi Lemak Anak Dara yang cukup viral sekarang bukan? Pemiliknya, Siti Hajjar seorang gadis yang c...

Siapa yang tidak tahu dengan penangan Nasi Lemak Anak Dara yang cukup viral sekarang bukan? Pemiliknya, Siti Hajjar seorang gadis yang cukup cantik.

Boleh dikatakan setiap hari Siti Hajjar tidak menang tangan melayan pelanggan yang beratur panjang untuk mencuba nasi lemak beliau yang dikatakan sedap rasanya.

Terbaru, pelawak Zizan Razak juga telah berkunjung ke Nasi Lemak Anak Dara demi menunaikan keinginan ibunya yang mahu merasa sendiri hasil air tangan Sit Hajjar yang viral. Paling “best”, Siti Hajjar memberikan nasi lemak itu secara percuma buat Zizan dan ibunya. Wah, memang langkah kanan betul.

Untuk pengetahuan anda, demi memenuhi permintaan ibunya, Zizan  sanggup merempit dari Subang ke Shah Alam. Menurut Zizan, beliau sanggup melakukan apa sahaja buat ibunya.

    Demi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja. Walaupun ia cuma sebungkus nasi lemak, perkara tersebut bukan perkara remeh bagi saya. Saya keluar rumah seawal jam 7.30 pagi dan merempit dari Subang ke Shah Alam untuk mendapatkan Nasi Lemak Anak Dara, demi Ibu yang saya kasihi.

    Sebenarnya dari semalam saya cuba hubungi Siti Hajjar (peniaga Nasi Lemak Anak Dara), untuk mendapatkan nasi lemak tetapi hari ini baru boleh dapat sebab dia baru buka gerainya pagi tadi.
Pada masa yang sama, Zizan akui beliau merasa kagum dengan kegigihan Siti Hajjar untuk menyara hidupnya kerana jarang sekali anak muda seperti beliau mahu berniaga seperti itu. Zizan turut mendoakan agar perniagaan Nasi Lemak Anak Dara akan lebih maju pada masa akan datang.

Artikel Berkait

semasa 2283096669609112481

Post a Comment

emo-but-icon

item