Budak Hilang Sejak 31 Okt Ditemui Di Hentian Bas
AMPANG – “Alhamdulillah... syukur kepada ALLAH SWT, jutaan terima kasih dan rasa kesyukuran tidak terhingga atas semua usaha, doa dan kat...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/budak-hilang-sejak-31-okt-ditemui-di.html
AMPANG – “Alhamdulillah... syukur kepada ALLAH SWT, jutaan terima kasih dan rasa kesyukuran tidak terhingga atas semua usaha, doa dan kata-kata semangat daripada semua rakyat Malaysia berhubung kes kehilangan Aqasha putera sulung saya,” luah Siti Rohayu Yaacob yang memaklumkan anaknya Noor Ayrill Aqasha, sudah dijumpai.
Menurutnya, dia menerima beratus sistem pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan panggilan dari segenap pelusuk tanah air, tidak kira bangsa Melayu, Cina, India yang membuktikan Malaysia bersatu dan saling mengambil berat.
“Saya sangat terharu atas keprihatinan anda semua, Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas apa sahaja usaha anda semua sehingga Aqasha berjaya ditemui.
“Saya masih menunggu Aqasha diperiksa lebih lanjut oleh pegawai perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan pengajaran, ujian dari ALLAH SWT bukan kita penentunya...Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah,” katanya melalui status di laman Facebooknya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan penemuan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu dijumpai selamat.
Noor Ayrill ditemukan di sebuah perhentian bas oleh seorang remaja di Ampang, jam 7 malam, semalam.
Noor Ayrill, anak sulung daripada tiga beradik, tinggal berdua bersama bapanya di sebuah rumah kedai di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras dekat sini.
Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat di berada di sekitar kawasan Jalan Jejaka 9.
Noor Ayrill dilaporkan sering keluar rumah, namun kebiasaannya akan pulang sendiri.
Kehilangan Noor Ayrill diviralkan ibunya, Siti Rohayu, di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sebagai satu usaha untuk menjejakinya.
Sumber-Sinar online