Zur Eda Difitnah Guna Bomoh Untuk Jatuhkan Peserta GV3
Kekal sehingga peringkat suku akhir dalam rancangan Gegar Vaganza 3, ada beberapa pihak menabur fitnah kononnya penyanyi Zur Eda mengguna...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/zur-eda-difitnah-guna-bomoh-untuk.html
Kekal sehingga peringkat suku akhir dalam rancangan Gegar Vaganza 3, ada beberapa pihak menabur fitnah kononnya penyanyi Zur Eda menggunakan khidmat bomoh untuk menjatuhkan peserta lain.
Zur Eda akui beliau sedar dengan segala tomahan yang dilemparkan kepada dirinya dan merasa terkilan difitnah begitu teruk sekali sehingga ia menjejaskan maruah keluarganya.
"Fitnah itu membuatkan saya sangat sedih sangat kerana ini membabitkan maruah keluarga juga. Sebelum ini macam-macam komen yang diberikan kepada saya terutamanya dari segi penampilan."
"Saya tidak boleh halang pendapat dan kata-kata mereka. Tetapi apabila ada pihak yang menuduh saya menggunakan bomoh, ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Tuduhan itu sangat keterlaluan dan sangat keji."
Menurut Zur Eda, ada pihak yang mencetuskan fitnah itu kerana terlalu taksub dengan artis pujaan mereka dan menilai penampilannya dengan gaya rambut serabai ala-ala ‘mak lampir’.
"Bagi saya, begitulah keadaannya apabila mereka terlalu taksub sampai sanggup membuat fitnah. Hanya kerana penampilan luaran saya, mereka memberikan fitnah seperti itu."
"Sedikit sebanyak apa yang berlaku ini membuatkan saya tidak mampu untuk fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang. Pernah juga rasa untuk putus asa tetapi saya nasihatkan diri sendiri untuk kuat dan tabah."
Tidak dinafikan hal bomoh ini memang wujud dalam masyarakat kita, sebab itu timbul tuduhan tidak berasas mengatakan Zur Eda menggunakan khidmat bomoh. Namun, bukan semua orang yang begitu keji untuk melakukan perkara tersebut demi mendapatkan apa yang mereka mahu.