[Video] Ibu Dukung Anak Kritik Penumpang Tren Takda Perasaan

KEUTAMAAN perlu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan terutamanya apabila menggunakan perkhidmatan awam tetapi masih ada segelint...


KEUTAMAAN perlu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan terutamanya apabila menggunakan perkhidmatan awam tetapi masih ada segelintir rakyat negara ini masih kurang mempunyai kesedaran mengenai hal tersebut.

Perkara ini terjadi kepada seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewanya terhadap penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang seolah-olah tidak mempedulikan keadaannya pada ketika itu.

Nuraliza Ramli menceritakan kembali insiden itu semalam berkata, dia menaiki LRT dari Wangsa Maju ke Ampang Park bersama bayi dan anak sulungnya bernama Ryan untuk beriadah.

Jelasnya, dia terpaksa berdiri sambil mendukung bayinya apabila tiada seorang pun penumpang dalam tren tersebut mempedulikannya.

“U know what, tangan terketar-ketar nak ambil video. Diorang tak ada perasaan, I dukung baby  dari Wangsa Maju sampai Ampang Park, tak ada seorang ada perasaan,” tulisnya.


Video tersebut yang dimuat naik dalam laman sosialnya mendapat perkongsian sebanyak 6,950 dan dilihat lebih 492,000 kali.

Nuraliza dalam ruangan komennya menjelaskan tidak mengharapkan penumpang di dalam tren tersebut untuk memberikannya tempat duduk tetapi terkilan dengan sikap mereka.

“Saya bukan la hadap nak duduk, kalau ada tempat duduk saya duduk, bukan jauh pun Wangsa Maju ke KLCC. Saya cuma mahu prihatin, lihat sekeliling, lihat apa jadi di persekitaran anda.

“Saya mula merakam sebab masa itu terkilan kerana ada sikap penting diri sendiri. Saya ingatkan kat luar sana gembar gemburkan cerita sehinggakan terkena batang hidung sendiri,” katanya.


Jelasnya, mungkin penumpang menganggap dia warga asing kerana ketika kejadian, dia hanya mendukung anaknya dengan menggunakan kain silang dan memakai baju hitan yang lusuh.

Katanya, perkongsian video tersebut diharap dapat dijadikan pengajaran kepada rakyat negara ini.

Statusnya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada diantaranya menganggap rakyat Malaysia semakin tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman apabila berhadapan dengan situasi yang sama.

Artikel Berkait

viral 7555585211899643044

Post a Comment

emo-but-icon

item