[Video] Kekasih Gelap Muncul Dimajlis Perkahwinan Dengan Memakai Pakaian Pengantin.
Satu majlis perkahwinan di sini gempar apabila seorang wanita tiba-tiba muncul mengganggu majlis itu sambil berpakaian baju pengantin. ...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/kekasih-gelap-muncul-dimajlis.html
Satu majlis perkahwinan di sini gempar apabila seorang wanita tiba-tiba muncul mengganggu majlis itu sambil berpakaian baju pengantin.
Video kejadian yang dimuat naik merakamkan bagaimana orang ramai mulai bersorak - ketika wanita itu merampas mikrofon dalam majlis tersebut.
Menurut portal Mirror, wanita itu kemudian berkata pengantin lelaki itu adalah seorang playboy.
Ketika itu, pihak pengantin cuba menghalaunya keluar dari dewan namun dia enggan malah meneruskan 'ucapannya' kepada orang ramai.
Pengantin lelaki dan perempuan; yang ketika itu duduk bersebelahan; hanya mendiamkan diri mendegar pengakuan wanita terbabit.
Menurut Audiovisual News, kejadian itu dilaporkan berlaku di Ghana dan tidak pasti sama ada pasangan pengantin itu meneruskan perkahwinan mereka.