Tak Jadi Bercerai Sebab Drama Suri Hati Mr Pilot
Siapa sangka drama lakonan Neelofa dan juga Fattah Amin, Suri Hati Mr Pilot mampu menyelamatkan rumah tangga sepasang suami isteri daripa...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/tak-jadi-bercerai-sebab-drama-suri-hati.html
Siapa sangka drama lakonan Neelofa dan juga Fattah Amin, Suri Hati Mr Pilot mampu menyelamatkan rumah tangga sepasang suami isteri daripada terus runtuh. Ternyata perkara tersebut turut membuatkan Neelofa terkejut.
“Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu”
“Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tanda tangan saya selepas isterinya bersalin nanti,” jelas Neelofa
Menurut rakan Neelofa, pasangan yang berhadapan dengan masalah rumah tangga umpama retak menanti belah itu sekadar bertahan dan tinggal sebumbung hanya kerana isteri lelaki berkenaan sedang mengandung.
Bagaimanapun, hasil tontonan drama Suri Hati Mr Pilot setiap hari, pasangan ini belajar menolak tepi ego masing-masing seperti mana yang dilakukan oleh watak Warda dan Ejaz. Terkesan dengan drama tersebut, pasangan itu kini terus mahu hidup bersama.
Hebat juga penangan drama sampai mampu selamatkan rumahtangga orang lain (tergamam sekejap). Malah kisah sebegini pun boleh dibuat drama juga. Apa pun, nampaknya demam drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa ini akan sentiasa meniti di bibir peminat yang sukakan kehidupan penuh drama.