Seorang Ibu Tinggalkan Anak Di Masjid Dengan Nota "Bukan Tak Mahu,Tapi Tak mampu".
Kuala Lumpur: Bayi lelaki baru dilahirkan yang diletakkan di dalam kotak ditemui di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, kira-kira ...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/seorang-ibu-tinggalkan-anak-di-masjid.html
Kuala Lumpur: Bayi lelaki baru dilahirkan yang diletakkan di dalam kotak ditemui di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, kira-kira 7 malam tadi.
Difahamkan, bayi yang ditemui berselimut di dalam kotak itu ditinggalkan bersama sekeping nota dipercayai daripada ibunya.
Selain itu, satu anak patung turut ditinggalkan bersama bayi itu.
Menurut nota yang ditinggalkan, si ibu berkata, tindakannya itu bukanlah disebabkan tidak mahu bayi berkenaan namun dia tidak mampu untuk menjaganya.
"Assalamualaikum, jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. InsyaAllah jika punya jodoh kita akan berjumpa. I love you," katanya dalam nota tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan.
Penemuan bayi terbabit tersebar meluas di laman sosial sejak beberapa jam lalu.
Sumber-Hmetro