Hillary Clinton Lari Ke Hutan Selepas Kalah Jawatan Presiden
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Bekas calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat Hillary Clinton, dilihat ada cara tersen...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/hillary-clinton-lari-ke-hutan-selepas.html
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Bekas calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat Hillary Clinton, dilihat ada cara tersendiri untuk menghilangkan rasa sedihnya selepas tewas dalam pertandingan pemilihan presiden negara itu baru-baru ini.
Selepas kali terakhir dilihat masyarakat awam ketika menyampaikan pidato kekalahannnya di Hotel New Yorker, Clinton tidak lagi dilihat di khalayak ramai.
Namun, seorang wanita yang bernama Margot Gerster berhasil 'menemui' Clinton apabila dia bersama anak perempuannya secara tidak sengaja terserempak dengan Clinton tatkala dia berjalan kaki di kawasan hutan Chappaqua, New York.
"Ketika kami berjalan, aku mendengar ada suara...dan ternyata itu dia (Hillary). Dia dan Bill serta anjing mereka melakukan hal yang sama seperti yang sedang aku lakukan. Aku memeluknya dan bicara dengannya...," katanya lapor CNN.
Dalam foto tersebut, Hillary yang memang tinggal di kawasan Chappaqua, New York, terlihat mengukir senyum. Foto tersebut diambil oleh suaminya, Bill Clinton.
"Setelah mendapat pengalaman yang gila, luar biasa gila, dia (Hillary) terlihat seperti kebanyakan orang pada umumnya. Dia bersikap baik, sopan, dan ramah kepada saya," katanya lagi.
Dalam pertemuan itu, Margot turut meluahkan perasaanya terhadap Clinton, katanya dia bangga memilih Clinton namun pasrah selepas wanita itu tewas.
"Dia dilihat cukup baik, berjalan santai di tengah hutan. Menurutku dia tidak ingin bercakap serius soal politik," katanya.
Dalam pada itu, katanya tujuan dia memaparkan foto itu adalah untuk membuat orang ramai tersenyum.
"Kelmarin adalah hari yang sangat gelap, aku mengharapkan agar gambar ini membawa mesej ketenangan dan keindahan kepada sesiapa yang memerlukannya," katanya.
Clinton memiliki sebuah rumah di Chappaqua, kira-kira 40 batu di utara bandar New York.
Sumber-Sinar Online