'Abang Kucing' Cabar Jamal Bertinju

BUKIT CHANDAN, 18 Nov - Seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka untuk beradu tenaga kepada Jam...


BUKIT CHANDAN, 18 Nov - Seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka untuk beradu tenaga kepada Jamal dalam laman media semalam.

Sharul yang juga dikenali sebagai 'Abang Kucing' mencabar Jamal untuk bergusti di gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.

Begitupun, beliau berkata tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui tentang cabaran itu yang dimuat naik di media sosial kelmarin.

“Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.

“Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.


“Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.

“Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.

“Yang kamu (Jamal) tolak tu Melayu tau, Islam sama-sama dengan kamu. Saya tidak tengok baju apa orang pakai masa itu tetapi kalau dia usik Melayu, saya akan bersuara,” tegas beliau lagi.

Menurutnya, tindakan kumpulan baju merah menunjukkan kekuatan di jalan raya dilihat tidak adil dan tiadanya respon dari kumpulan baju kuning bukan bermaksud mereka takut.

“Mereka masih muda. Bila berlaku pergaduhan, polis akan berkas semua sekali. Bila ada rekod polis, susah untuk mereka cari pekerjaan pada masa depan.

“Sebab itu, mereka tidak melawan. Jadi, kumpulan baju merah janganlah ingat mereka takut lalu mereka terus melakukan lebih banyak provokasi pula,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Artikel Berkait

semasa 1212010306761523769

Post a Comment

emo-but-icon

item