[Video] Hasrat Jumpa Anak Tercapai, Suasana Pilu Mengiringi Pemergiannya Ke Rahmatullah.
MASIH ingat lagi kisah viral seorang bapa penghidap kanser tahap empat yang meluahkan hasrat mahu bertemu dengan anaknya, setelah empat ta...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/10/video-hasrat-jumpa-anak-tercapai.html
MASIH ingat lagi kisah viral seorang bapa penghidap kanser tahap empat yang meluahkan hasrat mahu bertemu dengan anaknya, setelah empat tahun tidak berjumpa?
Baca Juga: Abang Tak Nak Apa-Apa, Cuma Nak Tengok Raykal
Setelah permintaanya tertunai pada 16 Oktober lalu, Mohd. Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, disahkan kembali kepada rahmatullah, kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi.
Allahyarham yang menghidap kanser usus dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Jenazah Raitul akan dibawa ke Kampung Pinang, Kemunting, Taiping, Perak seterusnya, dikebumikan selepas solat Zohor, hari ini.
Kisah Raitul menjadi viral selepas salah seorang ahli keluarganya memuat naik status di Facebook meminta bantuan orang ramai mengesan anak dan bekas isterinya.
Difahamkan, anaknya lelakinya, Raykal, 6, juga merupakan pesakit yang menghidap kanser hati.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, yang sedang hamil anak pertama mereka yang dijangka bersalin seminggu lagi.