[Video] Bawa Lari Bini Orang, Si Suami Pula Diacu Pistol

SUDAHLAH membawa isteri orang, kemudian diacukan pula pistol pada suami wanita berkenaan dalam satu kejadian di Alor Setar, Kedah, Jumaat ...

SUDAHLAH membawa isteri orang, kemudian diacukan pula pistol pada suami wanita berkenaan dalam satu kejadian di Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu.

Insiden berlaku apabila dua lelaki disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30-an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari dan tidak pulang ke rumah.

Perkara berkenaan akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang berusia dalam 30-an yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang.

Menerusi rakaman video berdurasi 13 saat, suspek yang berkasut merah itu dilihat cuba mengugut mangsa dengan mengatakan dia mempunyai sepucuk revolver di sisinya.

“Awat pulak awak bawa pistol ni?” kata suami wanita itu sambil menunding jari ke arah suspek.

Difahamkan, orang awam yang menyaksikan kejadian kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan.

Susulan kejadian, polis bertindak menahan dua individu berkenaan yang dipercayai kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas kedua-duanya menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki berusia 33 dan 36 tahun itu ditangkap pada jam 9 malam.

“Dalam kejadian pada 21 Oktober itu, seorang daripada suspek itu kemudian mengeluarkan Revolver dan mengacukan ke arah suami.

“Polis turut merampas revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.

“Kita juga sedang menyiasat pemilik sebenar senjata api yang dirampas itu,” katanya lagi.

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sumber - My Newshub

Artikel Berkait

semasa 5371780396393474317

Post a Comment

emo-but-icon

item