Pusat Perubatan Islam Cekik Darah… Caj Pesakit RM32K!

TAK masuk dek akal! Demikian luahan ramai orang tatkala membaca sekeping bil bayaran pusat rawatan Islam yang berjumlah RM32,000, yang ki...


TAK masuk dek akal!

Demikian luahan ramai orang tatkala membaca sekeping bil bayaran pusat rawatan Islam yang berjumlah RM32,000, yang kini viral di media sosial.

Bil itu dimuat naikkan oleh anak mangsa, Sholehin yang mendakwa pusat rawatan Islam tersebut menipu dan hanya menggunakan agama untuk kepentingan tertentu.

Kisahnya bermula apabila Sholehin pergi ke pusat itu bersama ibuya, Selasa lalu setelah pihak hospital gagal mengetahui punca sebenar penyakit kaki ibunya.

Menurut Sholehin, pada awalnya dia dikehendaki sekadar membayar RM300 untuk pengimbas penyakit ibunya.

“Mula-mula rasa berat dah, fikirkan masalah mak aku.. aku pun kumpul duit dengan abang dan isteri aku untuk dapatkan jumlah RM300. Dan dia kata rawatan susulan percuma… aku pun okla. Dia listkan penyakit-penyakitnya,” ujarnya dalam status di Facebook miliknya.


Namun, apa yang mengejutkan, pusat perubatan itu kemudian menyerahkan caj harga rawatan penuh yang mencecah lebih RM32,000.

Pusat Perubatan Islam Cekik Darah... Caj Pesakit RM32K!

“Mahal mak datuk… lepas tu dia bagi tawaran turun harga RM22,000… bapak dia… katanye itu caj bagi dia tanggung risiko untuk mak aku,” katanya lagi yang selepas itu mengajak ibunya pulang.

Bagaimanapun, kerana ibunya sudah tidak tahan menanggung sakit, wanita itu kemudian memberikan rantai tangan emas yang berharga kira-kira RM4,000, untuk bayaran suku rawatan.

Pusat rawatan itu juga menyarankannya membeli air Yasin berjumlah RM40. Namun, dia enggan kerana sudah tiada wang.

Lebih menghampakan, setelah pulang dari berubat, ibunya mendakwa tiada perubahan dan sakit kakinya bertambah teruk.

Baru-baru ini, pusat perubahan itu ada menghubunginya untuk menyambung rawatan,  Sholehin mengambil peluang untuk mempersoalkan harga tersebut.


Pusat perubatan Islam itu bagaimanapun mendakwa, ia mempunyai kelebihan tertentu yang dianugerahkan Allah SWT.

Pusat berkenaan juga mendakwa ia bukan menjual Islam.

Artikel Berkait

viral 1652370923558874547

Post a Comment

emo-but-icon

item