Menyamar Muslim, Pengemis Raih RM11,000 Sebulan
SIAPA sangka, dalam masa sebulan seorang pengemis wanita mampu memperoleh pendapatan lumayan mencecah sehingga RM11,000. Bermodalkan lakon...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/10/menyamar-muslim-pengemis-raih-rm11000.html
SIAPA sangka, dalam masa sebulan seorang pengemis wanita mampu memperoleh pendapatan lumayan mencecah sehingga RM11,000.
Bermodalkan lakonan air mata dan agama orang lain, seorang wanita Kemboja berusia 50 tahun mengaku memperoleh hasil lebih RM150 dalam sekitar tiga jam dengan duduk menadah tangan kepada orang ramai.
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan sanggup menyamar sebagai orang Islam dengan memakai tudung berwarna hitam demi meraih simpati umum.
Dia antara tujuh pengemis termasuk tiga warga asing yang ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar di sebuah pasar di Jalan Putra, Kedah, semalam.
Hasil pemeriksaan beg tangannya menemui RM1 berjumlah RM758 yang diperolehi hanya dalam tempoh 2 hari.
Secara umum dia boleh mendapat sehingga RM150 dalam 3 jam mengemis.
Menurut laporan Sin Chew Daily, wanita itu yang kudung kedua-dua kakinya mengemis di sekitar pasar yang menjadi tumpuan orang ramai.
Ketika disoal siasat, dia mengaku memakai tudung untuk menyamar sebagai umat Islam kerana ia lebih mudah menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan ‘pendapatan’ lebih banyak.
Menurut wanita itu, sekurang-kurangnya RM3,000 hingga RM5,000 boleh didapatkan secara purata dalam sebulan dan dia mendakwa pernah mengumpul sebanyak RM11,000.
Difahamkan, wanita itu tidak memiliki sebarang dokumen menyewa di sebuah kediaman bersama kenalan di Simpang Empat, di Daerah Kota Setar.
Cerita pengemis kaya di negara ini sememanya bukan hanya kisah dongeng atau cerita mulut ke mulut, sebaliknya suatu realiti yang menuntut kita bersama-sama berfikir, bagaimana ini boleh terjadi?
Lihat sahaja di mana-mana, pengemis sekarang bukan sahaja berwajah tempatan, sudah ramai yang ‘diimport’. –
Jangan terlalu mudah simpati dengan mereka yang sebahagiannya hanya mahu mengambil kesempatan mendapatkan wang dengan cara mudah