5 Syarat Nak Buat Maksiat.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berik...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

 “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

 “Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

 Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

 Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

 Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

 Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

 Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah! Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

Dari segi bahasa, dikatakan dalam lisan al-arab bahawa ” maksiat” ialah perkataan berlawan bagi “ketaatan”.
Seorang hamba dikatakan berbuat maksiat kepada tuhannya andai tidak mematuhi perintahnya..
Dari segi istilah,kemaksiatan adalah meninggalkan segala perintah dan mengerjakan segala larangannya atau meniggalkan apa yang diwajibkan dan difardukan dalam kitabnya dan sunnah rasulnya serta mengerjakan apa yang dilarang ALLAH dan rasulullah S.A.W sama ada dari segi perbuatan atau perkataan, yang zahir atau batin.
Jadi, dapat disimpulkan di sini bahawa 5 syarat tersebut ialah:

1. Jangan memakan rezeki Allah.

2. Jangan tinggal di bumi Allah!

3. Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh Allah!

4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut roh ketika melakukan maksiat, katakanlah kepadanya; “Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh”.

5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak membawa kita ke api neraka di hari kiamat nanti, kita boleh tolak pelawaannya.

Kalau anda tak mampu, maka elakkanlah maksiat. Sentiasalah mencari pahala dan berbuat kebaikan. Carilah sesuatu yang halal dan baik buat anda dan keturunan anda. Semoga bermanfaat :)

Artikel Berkait

agama 3624717990713121709

Post a Comment

emo-but-icon

item