[Video] Anak Bergelek Lucah "Saya Malas Nak Ambil Tahu" kata Normah Damanhuri
PELAKON veteran Normah Damanhuri nampaknya mempunyai anak-anak yang sudah terbiasa dengan kontroversi meskipun tak menjadi orang seni sepe...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/08/video-anak-bergelek-lucah-saya-malas.html
PELAKON veteran Normah Damanhuri nampaknya mempunyai anak-anak yang sudah terbiasa dengan kontroversi meskipun tak menjadi orang seni sepertinya.
Sebelum ini anak lelaki Normah yang juga model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, pernah mengejutkan netizen apabila tanpa segan silu, berkongsi gambar panasnya bercium dengan kekasih di tepi pantai menerusi laman Instagram.
Tak lama selepas itu, Ahya muncul lagi dengan kisah sensasi nama kedai shisha miliknya yang disifatkan lucah iaitu ‘Kelentit Rindu’.
Terbaharu, seorang lagi anak Normah iaitu kakak kepada Ahya, Liana Rosli menjadi tumpuan netizen kerana video panasnya bergelek dan beraksi lucah untuk mempromosikan produk jamu miliknya.
Bagaimanapun Normah dalam satu laporan susulan aksi anaknya itu dikatakan sedikit pun tidak marah malah beranggapan ianya baik untuk strategi perniagaan.
Normah yang pernah ‘dibahan’ netizen kerana masih belum berubah seperti pelakon lain seusianya yang kini bertudung dilaporkan berkata kepada sebuah akhbar tempatan, “Saya tahu dia merakam video itu tetapi tak sangka pula ia boleh jadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan.”
Bagi yang perasan, Liana yang juga anak keempat Normah sebelum ini pernah juga muncul dalam iklan produk Terlajak Laris yang tersebar di Internet dan mendapat kritikan kerana aksi lucah yang keterlaluan.