Sekumpulan wanita berbogel protes Donald Trump

CLEVELAND - AMERIKA SYARIKAT . Sekumpulan wanita berbogel bagi membantah calon presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, D...



CLEVELAND - AMERIKA SYARIKAT . Sekumpulan wanita berbogel bagi membantah calon presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump.

Seramai 100 wanita berbogel bagi melahirkan bantahan mereka terhadap sikap Trump terhadap wanita sebelum bermulanya Konvensyen Kebangsaan Republikan di sini.

Bantahan 'Everthing She Says Means Everything' yang dikendalikan seniman Spencer Tunick disertai 100 wanita berbogel sambil memengang cermin besar.

Dalam temubual dengan majalah Elle, wanita berkenan berkata, mereka mahu berbogel dan menentang kebencian yang sering diperkatakan Trump semasa kempen.

Cathy Scott berkata, dia menyertai bantahan itu adalah untuk memberi mesej secara langsung kepada calon parti itu.

"Donald Trump telah memperkatakan banyak perkara yang keterlaluan, kebencian dan perkara yang menimbulkan kemarahan dan memandang rendah terhadap wanita," katanya.

Dalam pada itu, pelajar kejururawatan, Monico Giorgio, ini adalah bantahan ekoran pandangan negatif calon itu terhadap wanita.

"Saya rasa ini adalah cara terbaik bagi menentangnya," ujarnya.

Sumber-Sinar Harian

Artikel Berkait

global 2033611283778514243

Post a Comment

emo-but-icon

item