Anggota polis tercampak dirempuh kereta

 Miri: Anggota polis cedera dirempuh kereta ketika mengiringi urusetia SUKMA di persimpangan lampu isyarat Jalan Merbau di sini, petang ...

 Miri: Anggota polis cedera dirempuh kereta ketika mengiringi urusetia SUKMA di persimpangan lampu isyarat Jalan Merbau di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, Lans Koperal Mohd Nur Iman Ngarif,24, cedera di bahagian badan kanan dan mulut akibat rempuhan itu.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak Deputi Superintendan Alexson Naga berkata,kejadian berlaku ketika mangsa cuba memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan konvoi urusetia SUKMA sebelum dirempuh kereta dari arah Jalan Merbau ke Parkson yang tidak mematuhi arahan berkenaan.

"Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak di tengah persimpangan jalan, " katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, anggota polis berkenaan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak bagi membantu anggota polis sempena SUKMA.

Artikel Berkait

semasa 9205336200948904891

Post a Comment

emo-but-icon

item