Nenek 71 Tahun Kahwini Lelaki 17 Tahun

LONDON, 17 Julai – Seorang janda yang berusia 71 tahun berkahwin dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas mereka berdua berke...

LONDON, 17 Julai – Seorang janda yang berusia 71 tahun berkahwin dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas mereka berdua berkenalan di majlis pengebumian anak lelaki wanita tersebut.

Menurut laporan Daily Mirror, Almeda Erell - yang kini sudah mempunyai empat orang anak - berkata dia tidak menyangka akan berkahwin dengan Gary Hardwick selepas bertemu dalam majlis pengebumian anak lelakinya, Robert, 45, yang meninggal dunia akibat sawan.

“Di sebalik kesedihan kerana pemergian Robert, saya bertemu jodoh buat kali kedua dengan lelaki yang muda 54 tahun daripada saya.

“Saya tidak pernah terfikir sama sekali apabila Hardwick yang merupakan rakan baik isteri Robert menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan saya,” kata nenek kepada seorang cucu yang berusia 21 tahun itu.

 Menurut Erell, dia terkejut apabila remaja yang berusia 17 tahun itu mempunyai keinginan terhadap seseorang yang sudah berstatus nenek.

“Saya tidak berniat mencari pasangan muda tetapi dilamar oleh Hardwick. Saya katakan kepadanya saya mungkin sudah gila tetapi kami saling menyayangi selepas itu,” ujarnya.

Erell, yang kehilangan uami pertama Erell, Donald, mati pada 2013 akibat kencing manis - telah berkahwin dengan suami barunya itu pada Oktober tahun lepas.

Hardwick, yang kini sudah berusia 18 tahun, masih lagi mempunyai ibu, Tammy yang berusia 48 tahun dan nenek, Carolyn yang sebaya dengan isterinya sekarang.

“Kehidupan sekarang menjadikan saya berasa seperti seorang remaja semula,” kata Erell lagi. – Agensi

Sumber : Kosmo!

Artikel Berkait

semasa 689437271207851164

Post a Comment

emo-but-icon

item