Dulu gempal,dicemuh dan dibuli, Kini Memukau.
SEORANG wanita bernama Joanna Joseph kini menjadi perbualan hangat masyarakat Malaysia selepas gambar perbezaan ketika zaman sekola...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/07/dulu-gempaldicemuh-dan-dibuli-kini.html
Ini kerana ramai yang terkejut besar apabila melihat perubahan ketara yang dialaminya kini.
Mana tidaknya, dia yang dahulunya selekeh dan gempal berubah habis menjadi wanita georgeous hingga berjaya bergelar Ratu Cantik.
Joanna yang merupakan Miss Selangor Earth 2016 membuktikan setiap wanita boleh menjadi cantik sekiranya berusaha mencapai impian itu.
Pun begitu, wanita berusia 19 tahun dan berasal dari Klang, Selangor ini mengakui perubahan dirinya itu berlaku selepas dia nekad untuk menurunkan berat badan ekoran puas dicemuh rakan-rakan.
Ini adalah kisah Joanna yang dikongsi menerusi laman Facebook Miss Selangor Earth 2016.
DARIPADA GEMPAL JADI RATU CANTIK
DIALAH MISS SELANGOR EARTH 2016
Ini kisah dirinya…
Setiap hari saya mendapat pengikut baru yang bertanyakan tentang diri saya dan banyak lagi. Saya sedang melanjutkan pelajaran diploma dalam bidang TESL di MSU, Shah Alam. Selain itu, saya juga suka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai. Dulu, saya tak ada sebarang matlamat hidup. Saya pernah dibuli setiap hari oleh kawan-kawan saya sendiri kerana memiliki berat badan berlebihan dan mungkin kelihatan hodoh di mata mereka. Saudara-mara saya sendiri membuatkan hidup saya sengsara. Saya lalui pelbagai kesusahan sejak umur 12 hingga 16 tahun, sehingga saya ambil keputusan untuk menangani masalah tersebut sendiri kerana sedar, jika saya tidak bertindak sekarang maka saya akan kekal selamanya begitu. Saya terpaksa memaksa diri dan mengorbankan banyak benda untuk berada di tahap sekarang.
Insan yang berada di sisi saya dan memberi motivasi untuk saya terus melangkah ke depan hanyalah ayah dan Justin. Saya mula menyukai perubahan yang saya lihat pada diri saya. Apa yang diperlukan adalah usaha gigih di gimnasium, diet yang baik dan tiada ubat-ubatan pil penurun berat badan. Saya pernah melihat ibu saya sengsara selepas mengambil pil kurus, malah tidak mahu makan apa-apa. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa sebarang jenis ubat-ubatan.
Dan ini hasilnya. Saya akan bersenam bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Semuanya bergantung kepada pemikiran. Matlamat anda. Usahalah untuk mendapatkannya. Buktikan pada orang sekeliling bahawa anda boleh menjadi lebih daripada apa yang mereka bayangkan. Anda boleh melakukannya. Anda juga boleh dm saya untuk bertanyakan soalan tentang senaman dan nutrisi makanan. Mungkin saya akan ambil masa untuk balas, tapi saya sentiasa pastikan untuk balas. Have a good day you guys.
STORY BY : JOANNA JOSEPH
POST BY : MR MERIS SERANG, STATE PAGEANT DIRECTOR MISS SELANGOR EARTH 2016