Datin Red: Kini Adira Rasa Apa Yang Saya Rasa..
ISTERI pertama Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan bahawa dia sudah masak benar dengan perangai suaminya yang turut dikenali sebagai Dato Red...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/07/datin-red-kini-adira-rasa-apa-yang-saya.html
ISTERI pertama Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan bahawa dia sudah masak benar dengan perangai suaminya yang turut dikenali sebagai Dato Red.
Syarifah atau lebih dikenali sebagai Datin Red berkata, dia kini langsung tidak ambil pusing mengenai hal-hal negatif yang dikaitkan dengan suaminya.
Suaminya baru-baru ini dikaitkan dengan pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Ruhainies.
Dato Red turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyukai aktres muda itu selepas tersebar sebuah video memaparkan aksi mesra mereka di sebuah pusat beli belah.
“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?
“Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.
Bercerita mengenai hal bermadu, Datin Red berkata, “Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.
“Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya lagi.
Datin Red berkahwin dengan Dato Red 10 tahun lalu, ketika suaminya bekerja sebagai pemandu lori sayur.
“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya, mungkin juga sebab anak-anak.
“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,” katanya.
Dato Red berkahwin kali kedua dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember lalu.
Sumber – MYNEWSHUB