Zoom Selebriti - Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite Dah Goyah Dan Bergaduh Besar ?

Semalam sisipan popular Berita Harian ada menulis yang perkahwinan Adam AF & Fiza Elite kini sedang di’landa masalah gara gara satu insi...

Semalam sisipan popular Berita Harian ada menulis yang perkahwinan Adam AF & Fiza Elite kini sedang di’landa masalah gara gara satu insiden yang menimbulkan perasaan cemburu sekaligus mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Adam AF khabarnya cemburu apabila Fiza Elite secara kebetulan bertemu dan berbual dengan bekas kekasih di sebuah stesen minyak. Perkara ini berlarutan apabila mereka pulang ke rumah apabila Adam AF mula mengungkit kisah lama dan Fiza Elite meninggi suara.

Hebat juga sumber tersebut bila situasi dalam rumah pun tahu.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Adam AF tidak menafikan kejadian bertembung dengan bekas kekasih Fiza Elite di stesen minyak tetapi menafikan terjadinya sebarang pergaduhan besar seperti yang dilaporkan sehingga menyebabkan rumahtangga mereka goyah.

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan — sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihati isteri saya,” ujar Adam AF yang turut menafikan isterinya itu meninggi suara dengannya.

“Saya tidak redha dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan”

Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September 2013 dan perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana pengumuman yang datang tiba tiba.

Artikel Berkait

Zoom Selebriti 7427221681434574334

Post a Comment

emo-but-icon

item