Kerana malukan MB Terengganu, semua cikgu diarah belajar tepuk tangan
Ekoran kegagalan guru-guru bertepuk tangan ketika Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berucap sempena sambutan hari guru perin...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/05/kerana-malukan-mb-terengganu-semua_26.html
Ekoran kegagalan guru-guru bertepuk tangan ketika Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berucap sempena sambutan hari guru peringkat negeri 24 Mei lalu, semua guru-guru di negeri itu diarah berlatih tepuk tangan setiap hari.
Arahan itu dikeluarkan oleh pengarah pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin melalui sistem pesanan Whatsapp yang kemudiannya di print skrin dan kini menjadi viral.
"Saya sudah sampai rumah tetapi otak saya masih terkial-kial (mendengar) kata YAB MB tentang cikgu-cikgu kita yang tidak tepuk tangan kepada YAB MB.
"Saya minta esok tolong buat latihan tepuk tangan selama 5 minit untuk membiasakan tepuk tangan di kalangan guru-guru.
"Setiap perhimpunan pun latih mereka tepuk tangan dengan tunjukkan bukti bergambar kepada saya.
"Mohon tindakan tuan puan, tiada pengecualian," tulis Shafruddin dalam arahan itu dengan disambut oleh pegawai-pegawai kanannya akan dilaksanakan segera.
Ekoran arahan itu, pelbagai video dan gambar dipaparkan dalam laman sosial bagaimana guru-guru di Terengganu belajar tepuk tangan.
Gambar dan video ini diambil bagi menyahut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu untuk menunjukkan bukti arahan itu dipatuhi tetapi selepas itu ia disebarkan ke laman sosial.
Di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam, semua guru-guru dilatih bertepuk tangan bagi menyambut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu.
Mereka beramai-ramai bertepuk tangan sempena perhimpunan pagi mereka.
Ia juga dilakukan di lain-lain sekolah-seluruh Terengganu bagi mematuhi arahan pengarah pendidikan itu.
Sementara itu, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) dalam kenyataannya berkata, tindakan guru tidak bertepuk tangan terhadap MB Terengganu ini adalah lambang penolakan masyarakat terhadap Razif sebagai menteri besar terserlah.
Katanya, kebiasaannya warga guru bukanlah jenis yang suka tunjuk boikotnya dalam majlis-majlis kerajaan. Jika mereka bencikan kerajaan Umno BN, mereka jadi 'silence voters', katanya.
Tetapi fenomena sekarang, guru-guru berani bersuara dalam facebook, di kedai-kedai kopi, terkadang di pejabat secara terang-terangan, katanya.
"Saya punya ramai kenalan guru yang boleh jadi bukti dan saksi," kata Faizul dalam satu kenyataannya.
Sebelum ini, Istana Terengganu telah mengarahkan agar Razif menyerahkan semua anugerah kebesaran kepada beliau termasuk gelaran Datuk Srri.
Ekoran itu, MB Terengganu kini menjadi satu-satunya MB Melayu yang tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran.