Zoom Selebriti - Tauke Jambu Jawab Isu Gambar Berpeluk Di Kelab Malam

Baru-baru ini kecoh dilaman internet kerana tersebarnya beberapa keping gambar Tauke dari kumpulan Jambu yang kelihatan berpelukan dengan pe...


Baru-baru ini kecoh dilaman internet kerana tersebarnya beberapa keping gambar Tauke dari kumpulan Jambu yang kelihatan berpelukan dengan perempuan di sebuah kelab malam sehingga dia didakwa seorang ‘kaki perempuan’.

BACA: (Gambar) Tauke Jambu Bersosial

Menjawab tentang isu gambar tersebut, Tauke menjelaskan bahawa dia sedia maklum tentang perkara itu dan tidak merasa tergugat dengan penyebaran gambar tersebut.
“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.
“Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.
“Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.” jelas Tauke.
Mengakui bahawa dahulunya dia memang sering mengunjungi kelab malam, namun tidak lagi kini. Malah menurut Tauke dia tidak tahu siapa disebalik dalang yang sengaja menyebarkan gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.
“Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.
“Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?” tambah Tauke lagi.
Dalam pada itu, Tauke yang baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ berharap agar isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana dia kini sudah berubah dan mahu fokus pada kerjayanya sahaja.

ELOKLAH DAH BERUBAH. SEORANG SELEBRITI SEBETULNYA TUNJUK CONTOH YANG BAIK KEPADA PEMINAT. 

Sumber - Ohartis

Artikel Berkait

Zoom Selebriti 1686501368806111591

Post a Comment

emo-but-icon

item