Zoom Selebriti - "Keluarga Restu Hubungan Cinta Saya Dan Romie" Hanez Suraya
Masih berminat dengan kisah Hanez Suraya? Pelakon ini kini masih menjadi buruan media selepas kontroversi yang melanda dan khabarnya baru ba...
https://malayazoom.blogspot.com/2014/03/zoom-selebriti-restu-hubungan-cinta.html
Masih berminat dengan kisah Hanez Suraya? Pelakon ini kini masih menjadi buruan media selepas kontroversi yang melanda dan khabarnya baru baru ini telah digugurkan dari terus menjadi duta produk kecantikan, Aura White.
Bercakap kepada Utusan Malaysia baru baru ini, Hanez Suraya mendedahkan yang beliau tidak tertekan dengan perkembangan terbaru itu dan berkata semua orang mempunyai masalah.
“Saya macam biasa sahaja, untuk apa rasa tertekan sangat? Lagipun semua orang ada pastinya ada masalah, terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk menyelesaikan kekusutan itu”
Hanez Suraya juga ditanya tentang reaksi keluarga beliau tentang kontroversi yang melanda dirinya ketika ini dan beliau memberitahu yang keluarga tidak mempunyai masalah dengan semua ini selain merestui hubungan dengan Romie.
“Sejak daripada awal lagi mereka sudah pun tahu dan merestui hubungan saya bersama Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini. Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting”
“Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar sana yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah”
“Tetapi keluarga tetap bersama-sama. Pada saya, selagi keluarga menyokong segala tindakan, saya akan dengar kata mereka,” tambah Hanez Suraya lagi yang mengakui sedang bahagia dengan Romie. Kerana kenapa tidak ‘kan? Heh.
Sumber - Rotikaya