Zoom Selebriti - Faizal Hussein tak pernah naik hantu

Mewarisi bakat seni diwarisi ibu bapanya, Allahyarham seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarham seniwati, Mahyon Ismail, pelakon Faizal Hus...

Mewarisi bakat seni diwarisi ibu bapanya, Allahyarham seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarham seniwati, Mahyon Ismail, pelakon Faizal Hussein mengakui dia mempunyai cara tersendiri untuk melepaskan tekanan.

Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, sepanjang lebih dua dekad berkecimpung dalam industri seni, dia belum pernah ‘naik hantu’ atau marah apabila berhadapan dengan isu disiplin membabitkan pelakon lain.

Menurut Faizal, dia lebih selesa berfikiran terbuka dan positif. Apatah lagi, katanya dia sudah dibayar sebagai pelakon dan selagi tidak melebihi tempuh bekerja selama lapan jam, pastinya dia akan bersabar.

“Apa yang pasti, industri seni di Malaysia ini kecil saja. Pusing-pusing, pada masa akan datang sudah tentu akan bekerjasama semula. Jadi, sebolehnya saya tidak mahu bermasam muka dalam hubungan sesama artis.

“Oleh itu, saya sedaya upaya cuba menerima dengan baik apa saja masalah yang berlaku di lokasi penggambaran. Kalau sudah penat menunggu dalam kereta pun, saya akan habiskan masa bermain alat kawalan jauh pula.

Faizal bersama barisan pelakon yang membintangi filem Gudang Kubur pada majlis pelancaran, baru-baru ini.

Sumber - Harian metro

Artikel Berkait

Zoom Selebriti 7028671223796668187

Post a Comment

emo-but-icon

item