Zoom Berita - Pesawat Malindo Air membawa pasukan bola terengganu terbakar

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat milik Malindo Air yang dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu pagi ini terpaksa berpatah balik tida...


KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat milik Malindo Air yang dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu pagi ini terpaksa berpatah balik tidak lama selepas berlepas apabila mengalami kebakaran enjin.

Detik-detik cemas itu turut dirasai pasukan bola sepak Liga Super Terengganu yang menyertai penerbangan tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuat naik gambar turbin sayap kapal terbang Malindo Air terbakar itu di Facebook sehingga menjadi viral di laman sosial tersebut.
 


Gambar yang dikongsi meluas di laman sosial itu mencetus kekeliruan apabila ada pengguna yang menyebut pesawat itu dikendali FireFly.

Dalam kenyataan ringkas, FireFly menjelaskan mereka tidak mengendalikan pesawat jenis ATR 72 itu.

Dalam pada itu, Malindo Air dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut berlaku ketika pesawat itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

“Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini,” kata Malindo Air dalam kenyataan itu.

Kesemua penumpang dan anak kalap penerbangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini.

Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang pada malam tadi.

Kejadian itu menarik perhatian ketika dunia sedang meratapi insiden kehilangan pesawat MAS, MH370 yang dilaporkan hilang dan mengakhiri penerbangan di selatan Lautan Hindi.

Artikel Berkait

nasional 1292766264577991158

Post a Comment

emo-but-icon

item