Zoom Berita - [MH370] Situasi ‘Pesawat Zombi’

KUALA LUMPUR : Selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, persoalan penting diperkatakan kini ialah mengapa dan ba...

KUALA LUMPUR : Selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, persoalan penting diperkatakan kini ialah mengapa dan bagaimana pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu melencong jauh dari laluan asal sebelum menuju ke kawasan dianggap hujung dunia.

Mengulas persoalan itu, pakar penerbangan dalam dan luar negara sependapat ia boleh berlaku disebabkan beberapa kemungkinan, termasuk kerosakan mekanikal pesawat dan rampasan.

Turut tidak ditolak ialah kemungkinan pesawat membawa 239 penumpang dan kru dari Kuala Lumpur ke Beijing itu mengalami situasi kapal terbang hantu atau ‘pesawat zombi.’

Penganalisis penerbangan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pesawat zombi merujuk kepada keadaan semua penumpang dan anak kapal tidak sedarkan diri disebabkan beberapa keadaan tertentu.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Halatuju Program Aeroangkasa Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia berkata, berikutan keadaan itu, pesawat terus terbang tanpa pengendali sehingga kehabisan minyak dan akhirnya terhempas.

"Situasi pesawat zombi berlaku mungkin disebabkan tercetus kebakaran didalam pesawat menyebabkan semua penumpang serta anak kapal termasuk juruterbang tidak sedarkan diri akibat lemas asap.

"Ia juga boleh berlaku disebabkan kerosakan mekanikal keatas sistem pesawat menyebabkan bantuan corong oksigen yang sepatutnya jatuh secara automatik gagal berfungsi" katanya.

Sebelum ini , CNN melaporkan misteri kehilangan MH370 turut menyentuh situasi pesawat zombi sebagai satu kemungkinan dengan merujukkepada insiden pesawat Learjet 35 yang disewa pemain golf profesional Payne Stewart pada 1999.

Pakar penerbangan Les Abend yang ditemu bual CNN berkata, pesawatberkenaan terjunam di kawasan terpencil di Dakota Selatan, Amerika Syarikat selepas empat jam berlepas dari Orlando akibat situasi pesawat zombi.

"Siasatan mendapati alat bekalan oksigen rosak menyebabkan kabin pesawat berwap dan kehilangan udara. Stewart dan empat yang lain tidak sedarkan diri dalam keadaan pesawat masih terbang seperti biasa.

"Pesawat itu meneruskan penerbangan secara pandu automatik daripada ketinggian 22,000 kaki (6,705 meter) kepada 51,000 kaki (15,544 meter) sebelum terhempas," katanya.

Ketua Seksyen Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-Miat) Prof Madya Kapten Dr Mohd Harridon pula berkata, situasi pesawat zombi biasanya berlaku di akhir penerbangan.

"Dalam penerbangan biasanya waktu berlepas dan mendarat dikawal pengendali dan selepas berada di udara   beberapa ketika barulah ia ditetapkan kepada pandu automatik.

"Dengan jangkaan berlaku sesuatu keatas pesawat, keadaan zombi hanya akan terjadi di tahap akhir penerbangan sebelum kehabisan minyak," katanya.

Bagaimanapun, bekas Ketua Juruterbang MAS bagi penerbangan serantau Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain menolak kemungkinan MH370 mengalami situasi pesawat zombi.

"Itu tidak boleh berlaku, Biarpun terbang 45,000 kaki ia tidak menimbulkan masalah selagi tekanan udara dalam pesawat masih baik," katanya.

Artikel Berkait

nasional 3514603232805406102

Post a Comment

emo-but-icon

item