Zoom Berita - MH370 sah terhempas di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas malam ini mengesahkan maklumat terkini bahawa penerbang...
https://malayazoom.blogspot.com/2014/03/zoom-berita-mh370-sah-terhempas-di_24.html
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas malam ini mengesahkan maklumat terkini bahawa penerbangan MH370 yang hilang sejak 17 hari lalu disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
Ia berikutan rumusan yang dibuat oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) bahawa pesawat itu dikesan terbang kali terakhir di kawasan lautan berkenaan.
Berdasarkan perkembangan terbaru itu, semua penumpang dan anak kapalnya dipercayai tidak selamat.
Menurut Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
“Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
“Kawasan cukup terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang memungkinkannya (MH370) melakukan pendaratan,” kata Najib.
Difahamkan, pihak pengurusan MAS sedang dalam proses untuk memaklumkan perkembangan terbaharu itu kepada waris keluarga penumpang penerbangan tersebut.
Najib juga meminta semua pihak termasuk media supaya menghormati privasi keluarga mangsa dan memahami detik-detik sukar yang sedang mereka hadapi.