Zoom Berita - Juruterbang Air Asia Kutuk Kerajaan Malaysia Dan Insiden MH370

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kerajaan Malaysia sudah berusaha sehabis daya untuk memberikan usaha terbaik dala...

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kerajaan Malaysia sudah berusaha sehabis daya untuk memberikan usaha terbaik dalam menangani masalah kehilangan pesawat MH370 sejak hari pertama lagi.

Harus diingat, ini adalah tragedi pertama seumpamanya yang melanda syarikat penerbangan hingga membingungkan banyak negara termasuk kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

Namun sesetengah media asing yang mempunyai agenda tersendiri, telah menulis banyak laporan tidak benar termasuk mempertikaikan usaha Kerajaan Malaysia dan menuduh ada maklumat disembunyikan sekaligus menjadi batu api yang memarakkan perasaan keluarga penumpang MH370 terutama dari luar negara.

Adalah malang jika dalam keadaan ini, rakyat Malaysia turut memilih untuk bersatu dengan media asing mengutuk negara sendiri.

Namun itulah yang digambarkan dalam satu status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Krish Jejendira.

Status tersebut berbunyi:


 Tindakan ini boleh dikira amat tidak patut apatah lagi tragedi MH370 turut melibatkan kakitangan dan keluarga Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Kalau warga MAS dan ketua mereka berdiri teguh di belakang Kerajaan Malaysia, apa hak kakitangan syarikat penerbangan lain untuk berfikir sebaliknya?

Sekiranya status ini benar-benar dimuatnaik oleh kakitangan Air Asia, rasanya syarikat penerbangan tambang murah ini perlu menegur kakitangannya agar lebih sensitif jika mahu berkongsi pendapat dengan umum terutama apabila membabitkan isu nasional seperti ini.

Artikel Berkait

nasional 4290840069370881564

Post a Comment

emo-but-icon

item