Zoom Berita - Berakhirnya MH370,China Mahu Bukti.

BEIJING - China menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang ada selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman ba...

BEIJING - China menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang ada selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi berdasarkan data dari satelit.

Najib pada malam Isnin mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal telah mengakhiri penerbangan di lautan berdasarkan data satelit yang dikumpul pasukan penyiasat kemalangan udara dari United Kingdom.

Dalam mesyuarat pada lewat Isnin, Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng telah memberitahu Kedutaan Malaysia di China untuk menyediakan bukti terperinci mengenai ‘kesimpulan’ yang dibuat, kata Kementerian Hal Ehwal Luar China.

“Kami telah meminta pihak Malaysia untuk menyatakan bukti terperinci mengenai pengumuman yang telah dibuat dengan menyediakan kesemua maklumat satelit data yang diperolehi.

“Kerja mencari dan menyelamat tidak boleh dihentikan sekarang, kami meminta Malaysia meneruskan segala usaha menyelamat yang telah dimulakan,” kata Xie pada Selasa.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lalu ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pada masa sama, agensi berita di China melaporkan negara tersebut kini telah menghantar lebih banyak kapal ke Lautan Hindi untuk mengesan serpihan pesawat tersebut, lapor mStar.

Artikel Berkait

nasional 8030594525767013282

Post a Comment

emo-but-icon

item