Zoom Berita - Wanita jalin hubungan dengan bapa mentua tanpa disedari

Heilongjiang : Satu keluarga di sini bergaduh besar gara-gara seorang isteri yang bertindak curang terhadap suaminya mengadakan temu janji d...

Heilongjiang: Satu keluarga di sini bergaduh besar gara-gara seorang isteri yang bertindak curang terhadap suaminya mengadakan temu janji dengan lelaki yang hanya dikenalinya menerusi Internet.

Pergaduhan antara keluarga itu berlaku di bandar di timur laut China ini kerana kekasih gelap wanita berkenaan ialah bapa mentuanya sendiri.

Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan lelaki itu yang tidak disedarinya adalah bapa suaminya, Lili, 28 dan Wang Pai, 57, mengatur pertemuan di sebuah hotel.

Masing-masing tidak mengenali satu sama lain di alam maya kerana kedua-duanya menggunakan nama samaran.

Tanpa disedari, suami wanita itu yang juga anak lelaki berkenaan, Wang Jai yang mengesyaki kecurangan isterinya mengekori Lili ke hotel berkenaan.

Di situ, Wang Jai melihat isterinya memasuki sebuah kamar hotel dan menukar jubah mandi ungu sebelum menekan loceng kamar sebelah.

Apabila melihat yang bapanya sendiri membuka pintu Wang Jai hilang akal dan menyerang isteri dan juga bapanya.

Kakitangan hotel terpaksa menelefon polis bagi menghentikan pergaduhan antara anak dengan bapa itu.

Menurut Wang Pai, dia menjalinkan hubungan dengan wanita itu tanpa menyedari dia menantunya. Dia menggunakan gambarnya ketika muda sementara wanita itu mengguna gambar rakannya. “Kami bersetuju untuk menjalinkan hubungan asmara. Tetapi apabila membuka pintu, saya terkejut dan dia juga terperanjat. Dia berpusing dan lari ke tangga, terus kepada anak saya yang mengintip kami. “Suaminya menjerit seperti hilang akal dan menyerang saya.

Sementara itu, polis menahan Wang Jai selepas dia menumbuk isterinya hingga dua gigi Lili patah dan menyebabkan kecederaan kepada bapanya.

Sumber - Metro

Artikel Berkait

Zoom Berita 8146336992378233167

Post a Comment

emo-but-icon

item