Gara-Gara Minta Dikecualikan Cukai, Nora Danish Teruk Dikecam Netizen
GARA-gara meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mempertimbangkan memberi pelepasan cukai kepada golongan selebriti, pelakon Nora...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/11/gara-gara-minta-dikecualikan-cukai-nora.html
GARA-gara meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mempertimbangkan memberi pelepasan cukai kepada golongan selebriti, pelakon Nora Danish, hari ini teruk dikecam netizen berikutan kenyataannya itu.
Namanya menjadi trending di laman mikro Twitter kerana rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan aktres berusia 34 tahun itu.
Baca: Nora Danish Minta Selebriti Diberikan Pelepasan Cukai
Ini kerana menurut mereka bukan hanya golongan selebriti sahaja yang perlu berpenampilan menarik sebaliknya semua pekerjaan menuntut kriteria sebegitu.
Susulan kenyataan itu juga, teruk Nora dikecam, malah ada yang mengaitkan ungkapan ‘beauty with no brain’ (cantik tapi tak bijak) terhadap aktres cantik itu.
Seorang pengguna Twitter, @denitoazhar berkicau, “Congrats for showing you are just pretty and not smart, Nora Danish (tahniah kerana membuktikan yang anda hanyalah gadis cantik, tapi tak bijak, Nora Danish).”
@siggplus pula menulis, “Aku harap Nora Danish tuntut jugak cukai pelepasan untuk kebodohan.”
Ian Zainal pula mengaitkan apa sumbangan yang diberikan Nora sehingga dia meminta diberikan pelepasan cukai.
“By the way, apa sumbangan Nora Danish pada negara sampai minta pelepasan cukai? Dalam industri pun samar-samar je.”
Sementara itu, Nora yang mengetahui dirinya menjadi kecaman sesetengah netizen, tampil menulis di ruangan komen di laman Instagram mendakwa kenyataannya itu telah disalah tafsir oleh pihak media yang menulis.
Menurutnya, “Ni mesti ada salah penulisan mana-mana. Saya tak pernah minta pelepasan cukai malah saya kata semua haru bayar cukai.”
“Isu LHDN, tak buat salah pun kena marah. Ni mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Takpa, i’m on the way back home, Nora akan check siapa yang cuba sensasikan berita ini,” tulis ibu kepada Putra Raqyal Ramli ini lagi.
Kenyataan Nora dalam sebuah akhbar harian meminta LHDN mengecualikan cukai buat golongan selebriti kerana mendakwa pekerjaan mereka menuntut untuk sentiasa berpenampilan kemas dan menarik.
Golongan artis terpaksa berbelanja besar bagi tujuan tersebut dan disebabkan itu dia mengutarakan cadangan tersebut seperti mana yang tercatit dalam artikel terbabit.
Isu masalah cukai menjadi bualan hangat selepas pelakon Rozita Che Wan disekat daripada terbang ke luar negara gara-gara tidak menyelesaikan tunggakan cukai miliknya baru-baru ini.