[Video] Sultan Kelantan Diiringi 21,000 Rakyat Sempena Walkaton D’ Raja Kelantan 2016
KOTA BHARU – Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan untuk berjalan kaki sambil beramah mesra dengan l...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/10/video-sultan-kelantan-diiringi-21000.html
KOTA BHARU – Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan untuk berjalan kaki sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata di sini malam tadi.
Ia bersempena dengan Walkaton D’ Raja Kelantan 2016, Let’ Go With Me dan baginda bersama-sama rakyat jelata ceria memulakan perjalanan sejauh tujuh kilometer bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.
Bakal Yang di-Pertuan Agong Ke-15 akhir tahun ini kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra sebelum kembali semula ke stadium itu yang dibuka pada 1967 lalu dan terletak di Jalan Mahmood.
Baginda kelihatan santai berjalan beramai-ramai dengan rakyat negeri tersebut bermula jam 10 malam dan acara unik tersebut turut disertai adindanya sendiri, Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Turut sama berjalan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Acara yang pertama kali diadakan pada sebelah malam itu juga ‘bermandi cahaya’ dengan kemeriahan tembakan bunga api serta dan terdapat kelainannya menerusi pelbagai persembahan kebudayaan di setiap ‘check point’.
Walaupun hujan lebat membasahi ibu negeri Kelantan itu pada awalnya, namun rakyat jelata dilihat tetap tidak berganjak dan terus setia bersama-sama dengan baginda untuk menjayakan program pada lewat malam berkenaan.
Program memasuki edisi kelima sebelum ini lebih dikenali Walk With Me itu dan merupakan cetusan idea baginda sendiri untuk bersama rakyat setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke-29 pada 13 September 2010.
Sultan Muhammad V bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia baharu selepas tamatnya penggal pemerintahan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah berkuat kuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun.
Ia kemungkinan besar turut dicatatkan menerusi Malaysia Book of Records untuk acara sultan mencemar duli berjalan kaki dengan melibatkan penyertaan rakyat paling ramai dalam sejarah.