Inilah Wajah Pegawai SPRM Mabuk Pukul Isteri Dan Sekarang Diburu Polis.
Wajah individu yang dikatakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memukul isterinya menjadi viral di laman media sosial,...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/10/ini-wajah-pegawai-sprm-mabuk-pukul.html
Wajah individu yang dikatakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memukul isterinya menjadi viral di laman media sosial, rata-rata orang ramai melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penderaan fizikal yang dilakukan oleh pegawai tersebut.
Shahilda Fadhil, 22, menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila dipukul suamminya, Mohammad Nazrin Abdullah yang juga seorang kaki mabuk, seperti yang dilaporkan dalam laporan polis pada 20 September 2016 oleh mangsa.
Mangsa yang menetap di Tangkak, Johor dipukul selepas berlaku satu pertengkaran dengan suaminya dan keadaan menjadi lebih teruk pada 18 September seperti dalam laporannya apabila suaminya pulang dalam keadaan mabuk membawa parang panjang dan membuat ugutan terhadapnya.
Manakala Polis Johor sedang mengesan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai memukul dan mengugut isterinya dengan parang.
Ia berikutan dua laporan polis berhubung kes itu yang diviralkan di Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Beliau berkata kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
"Suspek didapati tidak hadir bertugas di pejabatnya di Segamat dan mempunyai rekod kes narkotik di Muar tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, SPRM menyatakan ia membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa memukul isteri seperti yang tersebar di media sosial.
SPRM dalam kenyataan berkata, ia bersedia memberi kerjasama kepada polis dan tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin jika terbukti bersalah,