Gara-Gara Memegang Anjing, Peminat Bergaduh Di Instagram Ramona Zamzam.
Bila kali terakhir anda dengar cerita mengenai Ramona Zamzam? Nampaknya setelah sekian lama tidak mendengar khabar, Instagram pelakon ini ...
https://malayazoom.blogspot.com/2016/10/gara-gara-memegang-anjing-peminat.html
Bila kali terakhir anda dengar cerita mengenai Ramona Zamzam? Nampaknya setelah sekian lama tidak mendengar khabar, Instagram pelakon ini kini menjadi tempat perdebatan tahap ketinggian ilmu agama masing masing – gara gara gambar Ramona menyentuh anjing.
Tidak dinafikan perkara yang dilakukan oleh pelakon wanita ini ternyata menyumbang kritikan. Gambar Ramona memegang anjing jenis Siberian Husky yang bersama tuannya yang juga seorang pengemis itu dirakam ketika dia dan juga suami bercuti di Italy, salah satu negara dalam siri jelajah Eropah pasangan ini.
Ada segelintir peminat mengkritik Ramona sebagai serorang yang inginkah perhatian kerana memuatnaik gambar tersebut manakala komen-komen yang lain lebih banyak bergaduh sambil mengeluarkan hujah agama masing masing dan tidak lupa juga mereka untuk memperbodohkan Melayu yang lain.
Apa pun, sehingga kini Ramona Zamzam masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Pastinya Ramona sendiri mempunyai sebab tertentu di atas tindakannya itu. Kami kongsikan gambar percutian Ramona di sana, boleh tahan cantik juga pemandangan.
Suami Ramona Zamzam Pelik Sensitiviti Orang Malaysia Dengan Anjing
Menyifatkan apa yang dilakukannya tidak melanggar sebarang kesalahan dari sudut agama, pelakon Ramona Zamzam enggan memadamkan gambarnya memegang anjing ketika sedang bercuti bersama suami di Eropah baru-baru ini.
“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian. Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering,” jelasnya.
Selain itu, dalam kenyataannya kepada Kosmo!, Ramona menjelaskan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang rakyat Palestin hairan dengan sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu anjing.
“Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing,” jelasnya.
Sumber-Rotikaya