Kejam!!!! Wanita hamil 7 bulan dirogol bergilir-gilir oleh 5 lelaki

Gambar Hiasan Seorang wanita yang hamil tujuh bulan menjadi habuan seks lima lelaki apabila dirogol bergilir-gilir di sebuah wakaf di tengah...

Gambar Hiasan
Seorang wanita yang hamil tujuh bulan menjadi habuan seks lima lelaki apabila dirogol bergilir-gilir di sebuah wakaf di tengah sawah padi dalam kejadian yang berlaku di Bachok pada Isnin lalu. Sebelum kejadian pukul 11.30 malam, mangsa yang berusia 21 tahun dan merupakan ibu kepada seorang anak itu dikatakan pergi ke rumah seorang rakan wanitanya yang terletak di kampung berhampiran.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, dari rumah rakannya itu, mangsa kemudian mengajak adik perempuan rakannya itu untuk keluar membeli makanan di sebuah kedai berhampiran. Menurut beliau, ketika dalam perjalanan menunggang motosikal, teman lelaki kepada adik rakan mangsa mengekori motosikal ditunggangi mangsa. Turut mengekori mereka, dua lagi lelaki lain.

ROGOL

Abdul Hamid berkata, mangsa dan gadis itu kemudian berhentikan motosikal di tepi jalan bagi berbincang dengan kumpulan lelaki yang mengekori mereka. Selepas itu, kedua-dua wanita terbabit dibawa pergi ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi tidak jauh dari situ. Di wakaf itu, mangsa ditinggalkan bersendirian di situ sementara menunggu gadis itu dan kekasihnya berbincang mengenai masalah hubungan mereka.

Abdul Hamid memberitahu, tidak lama selepas itu, mangsa didatangi kekasih gadis itu dan dua lagi lelaki. Mangsa yang berseorangan di wakaf itu kemudian dirogol oleh ketiga-tiga lelaki itu. Tidak berakhir di situ, suspek keempat dan kelima yang dipercayai dihubungi rakan-rakan mereka turut datang ke lokasi kejadian dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada pukul 4.30 pagi oleh salah seorang suspek. Suspek itu turut memohon maaf kepada mangsa atas kejadian tersebut. Kata beliau, mangsa kemudian membuat laporan pada pukul 7 pagi semalam dan polis kini sedang memburu kelima-lima suspek itu yang semasa kejadian dipercayai mabuk.

Difahamkan, semasa kejadian suami mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana bekerja di ibu negara. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan.

p/s: Kaum wanita kena lebih berhati-hati bab keluar malam ni. Kalau tak ada sebab tak payah keluar.

Artikel Berkait

semasa 6405260403898752125

Post a Comment

emo-but-icon

item