Zoom Berita - "Misteri kehilangan MH370 kes terpencil", kata Awang Selamat Utusan Malaysia

Utusan Malaysia menyifatkan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masuk hari ke-16 hari ini sebagai satu kes terpenc...

Utusan Malaysia menyifatkan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masuk hari ke-16 hari ini sebagai satu kes terpencil meskipun nasib 239 penumpang dan anak kapal masih belum diketahui.

Kolumnisnya, Awang Selamat, berkata meskipun apa yang terjadi, kesetiaanya terhadap syarikat penerbangan nasional itu tetap utuh dan akan tetap memilih perkhidmatan MAS jika berkesempatan.

“Rekod kecemerlangan MAS selama ini tidak harus dibiarkan termusnah dengan hanya satu kejadian yang boleh dianggap kes terpencil.

“Dalam Awang berdoa mengharapkan yang terbaik buat penumpang MH370, nafas keyakinan kepada MAS sedikit pun tidak goyah apatah lagi terhenti,” katanya menerusi akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

ABC News semalam melaporkan ahli psikologi, Paul Yin, berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara ahli keluarga penumpang terfikir untuk membunuh diri.

Katanya, situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.

Awang Selamat berkata penumpang seluruh dunia mengetahui tradisi kecemerlangan penerbangan MAS dan tanpa ragu akan memilih syarikat penerbangan itu.

Katanya, banyak pengajaran yang bernilai perlu diambil MAS dan pihak-pihak berkaitan agar kejadian sama tidak berulang mencemar industri penerbangan negara.

“Apa sekalipun keputusan siasatan, Awang menyertai rakyat Malaysia tetap bersama MAS lebih-lebih lagi dalam saat-saat sukar.

“Pasca peristiwa kehilangan MH370 akan lebih mencabar dan menguji syarikat penerbangan negara daripada isu pampasan hinggalah kepada melonjakkan imej,” katanya.

Baca artikel disini - Awang Selamat

Artikel Berkait

Zoom Berita 5729418455306374708

Post a Comment

emo-but-icon

item