Zoom Berita - Jika Benar MH370 Terhempas, Kenapa Menuju ke Lautan Hindi?

KUALA LUMPUR – Pengumuman Kuala Lumpur mengenai kesimpulan bahawa pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi terus menjadi polemik dan ...


KUALA LUMPUR – Pengumuman Kuala Lumpur mengenai kesimpulan bahawa pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi terus menjadi polemik dan perhatian industri penerbangan dunia.

Namun, jika benar pesawat milik MAS itu terhempas kawasan berkenaan, apakah punca sehingga membawa pesawat berkenaan ke kawasan terpencil itu?

Pasukan penyiasat kini dipercayai sedang meneliti data satelit untuk mengenal pasti bagaimana pesawat Boeing 777-200ER itu boleh menyusur jauh ke Lautan Hindi – adakah ia sengaja dihempaskan?

Persoalan yang turut memerlukan jawapan ialah adakah benar dakwaan bahawa pesawat berkenaan dipandu secara automatik sehingga kehabisan minyak?

Wall Street Journal (WSJ) memetik sumber yang rapat dengan jawatankuasa penyiasat sebagai berkata, tumpuan ialah untuk mengenal pasti lokasi tepat di mana pesawat berkenaan terhempas.

“Jika dan bila kami dapat lokasi yang lebih tepat, barulah kami mungkin dapat memastikan sama ada ia dilencongkan oleh mod pandu auto atau adakah ia diterbangkan ke sana.

“Dengan jumlah minyak dalam pesawat, adakah ia pergi ke lokasi paling terpencil? Adakah ia mengambil jalan yang berpusing-pusing?” katanya

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media semalam memberitahu, pencarian pesawat berkenaan memasuki fasa baharu dengan usaha mengecilkan kawasan pencarian di lautan itu bagi mencari serpihan dan kotak hitam.

Malaysia Airlines berkata, mereka terpaksa mengandaikan tiada yang terselamat, menyebabkan kemarahan di kalangan sesetengah ahli keluarga penumpang, terutama waris dari China.

Dengan pelbagai spekulasi mengenai bagaimana dan mengapa pesawat itu berada di Lautan Hindi, penyiasat juga memeriksa latar belakang juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid kerana dipercayai sistem komunikasi pesawat sengaja dipadamkan.

Bagaimanapun, tiada perkembangan mengenai motif atau bukti berlakunya sabotaj terhadap pesawat itu.

“Jika anda mahu meninggalkannya di kawasan paling terpencil, jika betul pun itu apa yang berlaku, anda perlu jadi gila untuk melakukannya,” kata sumber itu kepada WSJ. “Pada peringkat ini, siapa yang tahu sebabnya?”

Beliau berkata, Malaysia melihat kepada semua kemungkinan.“Ada yang berpegang kepada teori tindakan yang disengajakan. Kami tidak mengenepikannya.”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan membincangkan siasatan itu dan berkata, maklumat pra matang yang diberikan akan menyukarkan lagi pencarian jawapan.

Beberapa pakar berkata, ada kegagalan bencana dalam pesawat menyebabkan kapal terbang berpusing balik dan kemudiannya terbang.

Laporan WSJ berkata, penyiasat meletakkan harapan untuk menemui kotak hitam walaupun peluang mencarinya terhakis hari demi hari.

Kotak hitam itu menghantar ping secara berkala untuk membantu pencari menemuinya. Tetapi ia akan senyap dalam tempoh kira-kira 12 hari selepas baterinya habis.



Pencarian MH370 kini difokuskan di bahagian selatan Lautan Hindi, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Hishammuddin berkata, operasi di koridor utara dihentikan susulan daripada maklumat yang diperoleh daripada analisis satelit terbaharu.

Beliau berkata, pencarian baru di selatan Lautan Hindi akan meliputi radius 469,467 batu nautika persegi.

Penyiasat pada masa ini berusaha untuk mengecilkan lagi kawasan pencarian dengan menggunakan maklumat daripada pengawasan satelit, analisis daripada data radar pengawasan, peningkatan udara dan aset permukaan dan peningkatan jumlah pakar teknikal dan subjek, kata Hishammuddin.

Pencarian pesawat MH370 adalah yang paling lama dalam sejarah moden pesawat penerbangan. Rekod terdahulu ialah misi 10 hari mencari Boeing 737-400 yang dikendalikan oleh syarikat Indonesia, PT Adam Skyconnection Airlines, yang hilang di perairan pulau Sulawesi pada 1 Januari, 2007.

Artikel Berkait

nasional 253036851371465408

Post a Comment

emo-but-icon

item