Zoom Berita - Ibu terkejut anak terlibat kes tikam di stesen LRT gombak dan melawati

Ibu kepada suspek yang menikam mati dua daripada empat orang awam di Kuala Lumpur hari ini tidak menyangka anaknya sanggup bertindak sedemik...

Ibu kepada suspek yang menikam mati dua daripada empat orang awam di Kuala Lumpur hari ini tidak menyangka anaknya sanggup bertindak sedemikian memandangkan dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah mental.

Hamidah Abd. Rahman, 56, turut menafikan anaknya itu, Zamri Yusuf, 26, yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik terlibat dengan ajaran sesat.

"Saya masih terkejut dimaklumkan dengan kejadian ini kerana dia seorang anak yang baik selain mengambil berat pelajaran adik-adiknya.

"Malah ketika pulang menyambut Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda menghadapi sebarang masalah sebaliknya gembira beraya bersama kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Felda Pemanis 1 di sini hari ini.

Menurut Hamidah, anaknya itu yang bekerja sebagai pemandu van syarikat rokok dan menetap di Cheras, Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu juga sering memberikan duit belanja sebanyak RM250 setiap kali pulang ke kampung.

Beliau mengakui anaknya itu pernah putus cinta beberapa tahun lalu namun menolak ia menjadi punca kejadian tersebut.

"Saya belum mendapat cerita sebenar kejadian dan hanya dimaklumkan salah seorang anak saya sewaktu pulang dari kebun tadi. Saya dan suami akan ke Kuala Lumpur, " katanya.

Sumber - Utusan

Artikel Berkait

Zoom Berita 5856072246096211342

Post a Comment

emo-but-icon

item