Zoom Berita - Culik isteri ‘curang’
Hanya kerana mengesyaki isterinya bermain ‘kayu tiga’, seorang lelaki sanggup meminjam kereta rakannya untuk ‘menghalang’ isterinya dari per...
https://malayazoom.blogspot.com/2013/10/zoom-berita-culik-isteri-curang_24.html
Hanya kerana mengesyaki isterinya bermain ‘kayu tiga’, seorang lelaki sanggup meminjam kereta rakannya untuk ‘menghalang’ isterinya dari pergi ke tempat kerja dalam kejadian berhampiran Jalan Persiaran Gerbang Utama, Seksyen U8, Bukit Jelutong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, wanita berusia 30-an itu dikatakan mengayuh basikal sebelum datang seorang lelaki menaiki kereta Proton Waja menahan dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta berkenaan.
Mangsa yang terkejut dengan kehadiran suaminya itu kemudian hanya mampu menjerit sebelum dibawa menaiki kereta berkenaan menuju ke lokasi yang tidak diketahui.
Kejadian itu disedari seorang wanita yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan menyangka mangsa diculik lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Bukit Jelutong mengenai kejadian itu.
Laporan kejadian itu kemudian tersebar dalam laman sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Sumber berkata, berdasarkan laporan dibuat pasangan, polis mengenal pasti pemilik kereta Proton Waja berkenaan yang beralamat di Seksyen 23, di sini.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan daripada pemilik kereta berkenaan, dia mengaku rakannya iaitu suami mangsa meminjam keretanya dengan alasan untuk mengambil isterinya yang disyaki bermain ‘kayu tiga’.
“Namun, mangsa ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah kongsi di Bukit Jelutong kira-kira jam 1 tengah hari. Mangsa yang disoal siasat polis mengakui lelaki yang melarikannya itu adalah suaminya.
“Mangsa juga mengakui berlaku perselisihan faham antara mereka kerana suaminya melarang dia untuk keluar bekerja kerana mengesyakinya curang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Sumber - Mymetro