Zoom Info - Penemuan Dan Ketamadunan Islam Yang Mengubah Dunia

Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan Islam.Di pameran Muzium Sains London, mendedahkan banyak perkara yang menyumbang ke...


Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan Islam.Di pameran Muzium Sains London, mendedahkan banyak perkara yang menyumbang kepada tamadun bukan barat (yang manusia agung-agung kan). Penemuan-penemuan yang mereka ketengahkan adalah dari tamadun bukan Barat, seperti kerajaan Islam meliputi Sepanyol dan Portugis, selain Italy dan merebak kepada pedalaman kawasan China.
Inilah penemuan Islam yang menakjubkan. !

1.Operasi Bedah 

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia yang menggambarkan tentang operasi pembedahan yang digunakan di Eropah sebagai rujukan pakar perubatan selama lebih daripada 500 tahun. Di antara penemuan doktor Al Zahrawi adalah menggunakan larutan usus kucing untuk menjadi benang jahitan pada luka, dan menangani operasi kedua mengeluarkan jahitan pada luka. beliau juga dilaporkan mencipta sepasang alat penyepit untuk pembedahan.

2.Kopi

Kopi ketika ini telah dinikmati oleh setiap lapisan masyrakat diseluruh dunia. Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada mulanya kopi membantu kaum sufi berjaga lewat malam untuk beribadah. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar dan kemudian kopi disukai oleh semua orang pada ketika itu. Pada abad ke-13 kopi dibawa menyeberang ke Turki, namun kopi diperkenalkan di Eropah pada abad ke-16,kopi pula dibawa ke Italy oleh pedagang Venice.

3.Muzik

Muzik islam memiliki pengaruh penting di Eropah. Antara alat muzik banyak datangnya ke Eropah melalui Timur tengah adalah seruling dan rahab, nenek moyang biola. Nota muzik skala moden juga dikatakan berasal dari abjad Arab.

4.Mesin Terbang


Abbas Ibn Firnas adalah orang pertama yang cuba membina kapal terbang membuat dan menerbangkannya. Pada abad ke-9, dia melukis sayap dan alat khas seperti kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Kordova, Sepanyol, Abbas Ibn Firnas berjaya terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum terjatuh ke tanah dan mengalami patah tulang belakang. Rekaannya menjadi inspirasi bagi seniman Itali, Leonardo Da Vinci ratusan tahun kemudian.

5.Algebra


Algebra berasal daripada tajuk buku matematik yang terkenal di Parsi pada abad ke-9. 'Kitab al-Jabr Wal-Mugabala', diterjemahkan ke dalam buku 'The Book Of Reasoning and Balancing'.
Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, algebra merupakan satu sistem yang menyatukan nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Ahli matematik Al-Khwarizmi memperkenalkan konsep angka.

6.Optik


"Banyak kemajuan penting dalam kajian optik datang daripada kajian Islam." ujar Hassani. Antara tahun 1000 Ibn al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari pantulan cahaya dan masuk ke dalam mata, teori Euclid dan Ptolemy mengatakan bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik Islam juga menemui fenomena kamera bagaimana imej mata boleh dilihat dalam hubungan antara optik dan otak.

7.Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima Al-Firhi menubuhkan sebuah universiti peringkat pertama di Maghribi Fez. Adik perempuannya Miriam pula mendirikan masjid indah yang berfungsi sebagai masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1 200 Tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat pembelajaran adalah teras tradisi Islam dan cerita tentang Al-Firhi bersaudara akan menjadi inspirasi wanita Islam di seluruh dunia.

8.Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW memperkenalkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Kandungan bahan dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9.Engkol

Sasar sistem automatik moden pertama kali datang dari dunia Muslim. Termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan berputar dengan gerakan lurus, pemutar memusingkan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-Jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

10.Sabun


Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Is lam di era keemasan ada lah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Muslim te lah mengembangkan se bu ah gaya hidup higienis yang mu takhir. Menurut Ahmad Y Al-Hassan da lam bukunya berjudul, Tech nology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestina), Kufah (Irak), dan Basrah (Irak) telah menjadi sentra industri sabun.‘’Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Is lam,’’ papar Al-Hassan. Menurut Al-Hassan, sabun yang terbuat da ri minyak sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, perta ma kali diproduksi para kimiawan Muslim di era kekhalifahan. Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu menciptakan formula sa bun adalah Al-Razikimiawan legendaris dari Persia.

‘’Hingga kini, formula untuk mem buat sabun tak pernah ber ubah,’’ cetus Al-Hassan. Sabun yang dibuat umat Muslim di zaman ke jayaan sudah menggunakan pe warna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun ba tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut. Harga sabun pada 981 M berki sar tiga Dirham (koin perak) atau setara 0,3 Dinar (koin emas). Resep pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang dokter terkemuka dari AndalusiaSpa nyol Islambernama Abu Al-Qa sim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

Artikel Berkait

Zoom Info 7307767446679586920

Post a Comment

emo-but-icon

item