Zoom Info - Flynn McGarry : Master Chef berumur 14 tahun
Los Angeles – Baru berusia 14 tahun, namun sudah menjadi chef dengan makanan yang disediakan berharga $160 dolar bagi setiap kepala di Beve...
https://malayazoom.blogspot.com/2013/05/zoom-info-flynn-mcgarry-master-chef.html
Los Angeles – Baru berusia 14 tahun, namun sudah menjadi chef dengan makanan yang disediakan berharga $160 dolar bagi setiap kepala di Beverly Hills.
Itu keistimewaan Flynn McGarry yang menjadi chef termuda dan kini dilaporkan memasak untuk restoran-restoran terkenal di seluruh Amerika Syarikat.
Flynn telah memasak untuk lebih 120 orang dengan 18 menu dan berjaya memikat hati pengkritik makanan sejak tiga tahun lalu.
Minggu depan, dia akan memasak di sebuah restoran untuk 40 orang, dan semuanya sudah ditempah.
Semuanya bermula hanya kerana dia tidak menyukai hidangan yang disediakan oleh ibunya.
Nasib baiklah ibunya tidak berkecil hati sebaliknya dia membeli buku masakan dan turut menunjukkan resepi di dalam internet.
Meg McGarry berbuat demikian dengan harapan anaknya akan memasak lebih baik daripadanya, dan dia terbukti berjaya melakukannya.
“Ibu saya tidak suka memasak dan apabila dia masak, saya tidak sukakan makanan itu. Apabila saya melihat rancangan masakan, saya berpendapat saya juga boleh melakukan iaitu memasak seperti dalam televisyen.
“Saya selalu kreatif dan ingin memasak sendiri makanan saya. Kemudian saya mula memasak untuk keluarga dan ramai orang,” katanya.
Flynn dan ibunya kemudian memutuskan untuk mencuba kemahiran anaknya, lalu mereka melancarkan kelab Eureka dan menganjurkan parti di rumah mereka setiap bulan.
Chef muda itu masih menuntut dan dia mengikuti pengajian secara dalam talian di sebuah sekolah swasta.
Melalui cara itu, Flynn mempunyai masa untuk mengajar memasak dan mengembangkan lagi bakatnya.