Zoom Berita - Buli Di Asrama..Lagi Kes Buli Melibatkan Pelajar Sekolah
Aduhai...tak habis-habis lagi pasal buli.Lepas satu satu keluar video.Adakah ini sudah menjadi tradisi para pelajar pada masa kini ??Yang bo...
https://malayazoom.blogspot.com/2013/04/zoom-berita-buli-di-asramalagi-kes-buli.html
Aduhai...tak habis-habis lagi pasal buli.Lepas satu satu keluar video.Adakah ini sudah menjadi tradisi para pelajar pada masa kini ??Yang bodoh sangat buat video kenapa.Tak dinafikan dulu pun ada juga pembuli.
KUCHING: Sembilan pelajar sebuah sekolah menengah agama di Matang dekat sini, ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli ke atas seorang pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dia ditumbuk dan disepak selepas berlaku perselisihan faham antara mereka, Ahad lalu.
Ketika insiden lewat malam itu, mangsa dikatakan ditugaskan oleh guru membahagikan kerja membersihkan asrama lelaki, namun sekumpulan pelajar enggan mematuhi arahannya menyebabkan mangsa membuat aduan kepada guru bertugas.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata berikutan itu mangsa diserang sekumpulan pelajar berusia 16 tahun sehingga menyebabkannya cedera di kepala dan belakang badannya.
“Kita menahan reman sembilan pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama bersama pengadu bagi membantu siasatan kes ini.
“Mangsa pula dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membolehkan laporan kecederaannya disahkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Difahamkan, kumpulan pelajar itu menyerang mangsa selepas mengetahui mangsa membuat aduan mengenai mereka kepada guru, selain mengadu mereka turut minum minuman keras di kawasan sekolah.

Sumber: Berita Harian