Zoom Info - Freemason Dan illuminati (Bahagian 2)
FREEMASON Definasi Freemason ialah pertubuhan yang muncul antara akhir abad ke-16 (tahun 1501 - 1600) hingga awal abad ke-17 (tahun 1601 -...
https://malayazoom.blogspot.com/2013/03/zoom-info-freemason-dan-illuminati.html
FREEMASON
Definasi
Freemason ialah pertubuhan yang muncul antara akhir abad ke-16 (tahun 1501 - 1600) hingga awal abad ke-17 (tahun 1601 - 1700).
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit.
Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia".
Sejarah
Mengikut legenda, pada abad ke-11 (tahun 1001 - 1100), Kesatria Templar telah menjumpai "harta karun yang tak ternilai" di bawah Masjid Al-Aqsa ketika berada di Jerusalem (Baitulmaqdis). "Harta-harta" itu sebenarnya adalah kitab-kitab sihir purba yg dirampas oleh Nabi Sulaiman daripada Bani Israel semasa pemerintahannya. Baginda merampas semua kitab-kitab sihir itu dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Masjid Al-Aqsa. Kesatria Templar telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis, iaitu seni rahsia Kabbalah. Satu bentuk sihir kuno bersama2 dgn ilmu hitam dan ritual. Bani Israel telah belajar seni ni drpd puak 'pagan' Mesir Kuno semasa zaman penghambaan kpd Firaun dan mengembangkannya ke Babylon pd zaman pemerintahan Raja Neberkenezer.
Baphomet (syaitan yg mereka sembah) |
Pentagram (lambang penyembah syaitan) |
Menyedari perkara ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Kesatria Templar. Amalan sihir mereka terbongkar. Pada 1307, Raja Perancis Phillippe mengarahkan penangkapan mereka dgn tuduhan menafikan Nabi Isa, homoseksual dan penyembahan berhala serta sihir.
Raja Perancis Phillippe |
Pope Clement ke-5 |
Kebanyakkan ahlinya berjaya ditangkap, dibunuh ataupon dibakar hidup-hidup tetapi ada yang berjaya melarikan diri. Mereka mencari tempat yg selamat dan juga sekutu lain di Perancis sudah tidak selamat lg. Mereka pergi ke sebuah negara yg terdesak dlm perjuangan kemerdekaan menentang Inggeris pada masa itu, iaitu Scotland.
Sir William Wallace |
King Robert The Bruce |
Impian utk Scotland merdeka akhirnya telah tercapai dan kali ini Kesatria Templar tidak akan lagi membiarkan diri mereka utk dihapuskan. Kali ini mereka mengawal negara Scotland dgn cara mengawal raja2nya dan dlm rangka pemerintahan rahsia dan nama "Kesatria Templar" itu harus dilupuskan agar perancangan mereka tidak lagi terbongkar. Pergerakan ini disusun semula dan menjadi sulit.
Queen Elizabeth pertama |
Raja James |
Selama lebih drpd seratus tahun mereka menyembunyikan kegiatan mereka sehingga mereka tidak dikenali.
Dan, mereka tidak pernah berhenti dari memelihara penguasaan ke atas British. Sepanjang masa, mereka merancang, membentuk kumpulan baru dan memasuki jawatan2 kerajaan.
Pada 1717 para Templar/Freemason membuat kemunculan di Eropah dan mereka telah berkembang dlm jumlah dan kekuatan yg berganda dan telah bersedia utk membentuk satu identiti baru yg bebas dari masa lampau iaitu tidak lain dan tidak bukan, melalui Monarchy And Aristocracy England.
Dan mereka memilih nama utk diri mereka sendiri dgn nama yg dikenali ramai org, tetapi hanya boleh difahami oleh org2 tertentu sahaja. Nama baru ini ialah "Freemason".
Di sebalik tabir, golongan Freemason lah yg mengawal pemimpin2 dunia, politik, teknologi, ilmu2 pengetahuan, sejarah, kewangan, segala bentuk media dan juga kotak pemikiran kita pada hari ini!
Dan, mereka juga bebas melibatkan diri dlm amalan2 rahsia yg dibawa oleh nenek moyang mereka.
Pandangan penganut Kristian.
Beberapa mazhab Kristian mengharamkan Freemason atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan 'paus' yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan Freemason.
try tgk lambang ape yg kononnye paling berkuasa kat bucu atas segitiga tu? |
Bagaimanapun, pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik (pelik kan?).
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme).
Albert Pike |
Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer (syaitan) sebagai "tuhan".
Bagaimana pula pandangan Islam terhadap Freemason?
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi.
Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Zionis dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain.
Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperkenalkan sistem Zionis yang memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Mereka mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ILLUMINATI
Definasi
Illuminati (plural daripada Latin, Illuminatus bermaksud "tercerahkan") merupakan nama yang merujuk kepada Illuminati Bavarian, sebuah pertubuhan rahsia era Pencerahan masyarakat yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776, Di zaman moden ini ia digunakan untuk merujuk kepada organisasi yang diiktiraf persekongkolan yang bertindak sebagai bayang-bayang "kuasa di balik takhta", dipercayai mengendalikan urusan dunia melalui kerajaan dan syarikat hari ini. Illuminati adalah dalang peristiwa-peristiwa yang akan mendorong pada pembentukan "New World Order".
Lambang klasik illuminati yg mane kalu diterbalikkan pon ejaannya tetap sama |
Sejarah
Gerakan ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776, di Ingolstadt (Bavaria), terdiri daripada freethinkers. Pada perkembangan selanjutnya, organisasi ini memiliki pandangan-pandangan yang menyimpang (bid'ah) dari ajaran rasmi gereja Katolik, sehingga ia diekskomunikasi (dilarang mengajarkan fahamannya) oleh gereja dan dikeluarkan dari kelompok gereja kristian.
Illuminatus adalah orang - orang yang mencari jawapan apa yang disebut agama sebagai misteri Tuhan. Menurut mereka dengan ilmu pengetahuan hari ini tidak ada lagi misteri Tuhan, semua ada jawapannya (maksud kat sini, Tuhan itu tak wujud).
Sejak saat itu ahli illuminati diburu oleh para kaum gereja. Mereka diburu dan diberi stamp salib di dada mereka kemudian baru dibunuh. Illuminati kemudian bergerak dari 'bawah tanah' sebagai sebuah kelompok rahsia yang paling dicari oleh gereja. Para ahli Illuminati yang melarikan diri kemudian bertemu dengan kelompok rahsia lain iaitu kelompok yang bernama Freemasonry atau lebih sering disebut sebagai kelompok Freemason.
Perkembangan
Sejak bergabung dengan organisasi Freemasonry, illuminati menjadi semakin kuat kerana dibantu oleh jaringan organisasi Freemasonry. Illuminati terus diburu oleh gereja. Mereka dianggap sebagai penyembah syaitan, disebabkan mereka, sama seperti Freemasonry, memiliki ritual pemujaan kepada "Sang Arkitek Agung" / "The Great Architect", yang dilambangkan oleh mereka berupa "The Whole seeing-Eye" / "Mata tuhan" (diambil dari legenda mesir); yang merupakan simbol dari Lucifer (sebutan syaitan dalam tradisi Kristian).
Kesimpulannya di sini, golongan illuminati skrg ni bermaksud satu golongan ataupon satu kumpulan rahsia yg mempunyai berbagai2 cabang kpd kumpulan kecil lain (contohnya Black Brotherhood, Freemason, Rothschild etc...) dan terdiri drpd golongan2 "elit" dan mereka2 yg mempunyai pengaruh besar dlm dunia kita hari ni sama ada dari segi politik dunia, kewangan, pemerintahan, ketenteraan, artis dan sebagainya....