Genosid Rohingya Bukan Hanya Muslim Tapi Isu Sejagat

KUALA LUMPUR: Kekejaman ke atas etnik Islam Rohingya ini bukanlah satu isu yang membabitkan umat Islam, tetapi merupakan isu kemanusiaan ...


KUALA LUMPUR: Kekejaman ke atas etnik Islam Rohingya ini bukanlah satu isu yang membabitkan umat Islam, tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, musibah ini bukan sahaja tidak dapat diterima oleh umat Islam, malah setiap insan yang mempunyai nilai kemanusiaan.

Selain itu, beliau juga menyuarakan rasa kecewanya terhadap persatuan-persatuan Islam antarabangsa seperti OIC yang dilihat tidak proaktif dalam menjalankan peranannya.

“Apa yang mendukacitakan adalah dunia Islam khususnya OIC dan seumpamanya tidak mengambil langkah yang sewajarnya, kerana Myanmar bukanlah satu negara yang kuat untuk tidak dikenakan apa-apa tindakan,” ujarnya semasa menghadiri perhimpunan membantah kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, petang tadi.

“Sebagaimana umat Islam seluruh dunia begitu lantang menentang kekejaman rejim Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin, tindakan yang sama haruslah dilakukan terhadap tentera Myanmar kerana apa yang mereka lakukan (genosid) lebih kejam daripada kezaliman Israel di Tebing Barat,” tegas Mohd. Asri lagi.

Seterusnya, di dalam kapasitinya sebagai penasihat Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ Malaysia) dan Mufti negeri Perlis, Mohd. Asri juga berharap agar kerajaan Malaysia lebih agresif dalam menangani isu yang telah membelenggu umat Islam Rohingya sejak berdekad-dekad lamanya ini.

“Mereka (etnik Rohingya) ini lebih memerlukan bantuan daripada kita,” katanya lagi.

Himpunan membantah kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya di hadapan kedutaan itu di Jalan Ampang Hilir, selepas solat Jumaat.

Kira-kira 1,000 orang menyertai himpunan itu, kebanyakannya terdiri daripada etnik Rohingya berarak sejauh 1km dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan Myanmar.

Artikel Berkait

semasa 2093068256310975442

Post a Comment

emo-but-icon

item