Fidel Castro Meninggal Dunia

BEKAS Presiden Cuba, Fidel Castro disahkan meninggal dunia pada usia 90 tahun pada Jumaat. Kematian pemimpin revolusi Komunis itu, disahk...


BEKAS Presiden Cuba, Fidel Castro disahkan meninggal dunia pada usia 90 tahun pada Jumaat.

Kematian pemimpin revolusi Komunis itu, disahkan sendiri oleh adiknya, Raul Castro yang merupakan Presiden Cuba.

"Pemimpin revolusi Cuba meninggal dunia pukul 10.29 malam (waktu tempatan)," kata Presiden berusia 85 tahun itu.

Fidel memerintah Cuba hampir 50 tahun sebelum adiknya mengambil-alih pentadbiran negara pada 2008.

Menurut Raul, berita kematian Fidel diumumkan menerusi siaran khas secara langsung di televisyen dan upacara pengkebumian akan dilakukan pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh berkabung atas kematian abangnya itu.

Sepanjang pemerintahan menjadi Presiden, Fidel merupakan musuh ketat kepada Amerika Syarikat dan negara-negara Barat semasa era Perang Dingin.


Mendiang merupakan pakar perang apabila mengetuai sekumpulan tentera gerila untuk menggulingkan pemimpin tentera, Fulgencio Batista pada 1959 menerusi sokongan popular.

Walaupun sering menerima ancaman pencerobohan AS dan sekatan ekonomi kerana menyebarkan pengaruh komunis, tetapi Fidel berjaya mengekalkan revolusi fahaman Marxist-Leninist di negara tersebut yang hanya terletak kira-kira 144 kilometer dari persisiran pantai Florida.

Artikel Berkait

global 5944550795882542053

Post a Comment

emo-but-icon

item